Loading...

VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain

Loading...
VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain
link : VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain

Baca juga


VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain

Apakah ini trend bermusim, sengaja menempah ‘maut’ atau pun mahu cepat glamour apabila video sebegini ditularkan? Apa nak jadi dengan pemandu sebegini? Jika anda tidak sayang nyawa sendiri (dan tidak kisah sekiranya keluarga kehilangan anda), harap prihatin akan keselamatan orang lain.

Sekali lagi video kenderaan melawan arus di Pulau Pinang dirakam dan ditularkan di laman media sosial Facebook. Ia dikatakan berlaku di jalan Masjid Negeri hadapan Penang School, melibatkan sebuah trak pikap model Toyota Hilux berwarna putih yang dipandu laju di lawan bertentangan.

Malahan tindakan pemandu trak pikap tersebut hampir mencetuskan kemalangan apabila ia kelihatan nyaris bertembung dengan kenderaan lain sehingga kedua-duanya terpaksa brek mengejut. Kemudian trak pikap terbabit meneruskan perjalanan dan memandu di lorong kanan dengan laju.

Seperti kejadian yang berlaku di Taiping dan Johor, tidak dapat diketahui mengapakah pemandu berkenaan ‘terjebak-dengan-aksi-ngeri’. Adakah tersalah simpang? Atau mungkin berada dalam pengaruh dadah seperti mana yang berlaku pada ‘amoi Proton Gen 2’ di Permatang Pauh, Pulau Pinang, yang menyebabkan seorang pemandu kehilangan nyawa?

Pening pulak kepala kami memikirkan insiden sebegini yang ‘back to back’ berlaku. Memang kadangkala mungkin kita akan tersalah simpang terutamanya di jalan yang kita kurang familiar. Apa yang patut anda lakukan jika berhadapan dengan insiden sebegini? Nasihat kami, sila elak menggunakan lorong kanan atau lorong utama, sebaliknya ikut laluan di lorong kecemasan, berhentikan kenderaan anda, dan cuba untuk mengikut arus yang betul sekiranya aliran trafik mengizinkan.

Sekiranya aliran trafik sibuk dan anda gagal untuk berbuat demikian, sila minta bantuan pihak konsesi lebuhraya atau pihak berkuasa lain untuk membantu anda. Pihak berkenaan akan membantu mengawal keadaan trafik dan membolehkan anda melakukan pusingan U dan mengikut arus laluan berkenaan, segera cari pusingan U atau simpang yang betul untuk anda memandu ke arah laluan yang dirancang.

Bukannya membuta tuli dengan bersikap ego, meneruskan pemanduan biar pun bertentangan arus dan membahayakan nyawa anda sendiri dan orang lain. Sila berfikir secara rasional dan elak sikap pentingkan diri sendiri. Jangan fikir anda seorang yang hebat dan layak untuk melakukan aksi ngeri sebegini!

Kami harap, tiada lagi kejadian seumpama ini di masa akan datang. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mV3ruC

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain

Sekianlah artikel VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/video-lagi-aksi-lawan-arus-di-pulau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "VIDEO: Lagi Aksi Lawan Arus Di Pulau Pinang – Trak Pikap Hampir Bertembung Dengan Kenderaan Lain"

Catat Ulasan

Loading...