Loading...

10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia

Loading...
10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia
link : 10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia

Baca juga


10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia

Pernah dengar lagu Bagaikan Puteri nyanyian Farra? Kisah itu yang ingin kami kongsikan kali ini.

Siapa tidak mahu menjadi puteri raja? Mesti ketika kecil anda pun pernah berangan untuk tinggal di istana besar dan hidup mewah bukan?

Menjadi keluarga diraja bukan sekadar mewarisi gelaran keluarga semata-mata tetapi harus berkredibiliti dan berketerampilan sentiasa.

Kami senaraikan 10 puteri dan kerabat diraja paling cantik di dunia.

1) Puteri Mathilde Melusine Ruspoli (Cerveteri)

Beliau merupakan anak kepada mendiang Alessandro Ruspoli, Putera Kesembila Cerveteri. Beliau antara puteri diraja muda yang menjadi perhatian ramai kerana kecantikannya. Beliau juga pernah menghiasi sampul hadapan majalah Ferragamo ketika berusia 19 tahun.

2) Puteri Charlotte Marie Pomeline Casiraghi (Hanover)

Beliau adalah anak kedua kepada Puteri Monaco, Puteri Caroline. Merupakan editor, wartawan dan pengasas bersama Above Magazine. Pada usia 16 tahun, beliau sudah tersenarai sebagai Most Eligible Young Woman.

3) Puteri Salwa Aga Khan (Geneva)

Dilahirkan sebagai Kendra Spears, Puteri Salwa memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan Putera Rahim Aga Khan. Beliau merupakan bekas peragawati serta pernah berjalan di pentas label terkemuka seperti Hermes, Gucci, Valentino dan Lanvin.

4) Permaisuri Rania Al Abdullah (Jordan)

Walaupun sudah berusia 46 tahun, kecantikan beliau tidak dimamah usia. Permaisuri Rania pernah dinobatkan sebagai First Lady Paling Cantik Dunia pada tahun 2011.

5) Puteri Charlene (Monaco)

Puteri Charlene merupakan bekas perenang Olimpik Afrika Selatan dan isteri kepada Raja Albert II, Wanita berusia 39 tahun itu merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

6) Puteri Ameera Aidan Nayef Al-Taweel (Arab Saudi)

Berusia 34 tahun, beliau merupakan isteri kepada Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal. Beliau banyak terbabit dengan program kebajikan dan menjadi Naib Presiden Yayasan Al-Waleed bin Talal.

7) Jetsun Pema Wangchuck (Bhutan)

Permaisuri Jetsun Pema merupakan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Baru berusia 26 tahun, wanita berwajah lembut itu sangat sukakan bola keranjang, seni lukis dan muzik. Beliau pernah menjadi kapten pasukan bola keranjang ketika di sekolah.

8) Puteri Catherine Elizabeth (United Kingdom)

Dikenali oleh rakyat sebagai Kate Middleton, wanita berusia 34 tahun itu bukan sahaja cantik malah sentiasa merendah diri dan baik hati. Isteri kepada Putera William itu juga tersenarai sebagai 100 Most Influential People in the World pada tahun 2012 dan 2013.

9) Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (Johor)

Puteri tunggal pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia itu sentiasa menjadi perhatian rakyat. Berusia 30 tahun, beliau sangat meminati bidang fesyen dan antara kerabat diraja paling popular di Instagram.

10) Puteri Sirivannavari Nariratana (Thailand)

Beliau merupakan puteri kepada Raja Vajiralongkorn dan sangat menggemari sukan dan seni. Beliau pernah mewakili negaranya dalam acara badminton dan memenangi pingat emas dalam South East Asian Games 2005.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Rantnow 

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oRlt3h

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel 10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia

Sekianlah artikel 10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/10-puteri-kerabat-diraja-tercantik-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "10 Puteri & Kerabat Diraja Tercantik Dunia"

Catat Ulasan

Loading...