Judul : 10 Tanda Ego Anda Setinggi Langit & Bajet Bagus!
link : 10 Tanda Ego Anda Setinggi Langit & Bajet Bagus!
10 Tanda Ego Anda Setinggi Langit & Bajet Bagus!
Setiap daripada kita memiliki ego, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ego sebenarnya memainkan peranan penting.
Ego mampu menjadi penggerak untuk kita maju ke hadapan, merealisasikan impian dan peluang untuk meningkatkan kemampuan diri.
Bagaimanapun, jika tahap ego seseorang itu terlalu tinggi, ia mampu memberi masalah dalam kehidupan. Berikut 14 tanda bahawa ego anda diluar kawalan:
1. Anda ada jawapan untuk semua benda
Tidak ada manusia atas muka bumi yang memiliki pengetahuan dalam semua benda.
Albert Einstein, Nikola Tesla mungkin dianggap manusia paling bijak tetapi hakikatnya hanya dalam bidang sains. Jadi jika rasa anda lebih tahu pasal semua perkara, fikirkan semula.
2. Enggan menerima nasihat orang lain
Kadang kala orang diluar situasi kehidupan kita nampak dengan jelas perkara yang kita lalui hanya kerana mereka tidak terlibat secara emosi.
Jadi, jangan biarkan ego anda menghalang kamu daripada menuju ke arah produktiviti yang lebih baik.
3. Sentiasa anggap orang lain berada di bawah
Bukan satu masalah untuk anggap diri anda tu bagus, tetapi jangan sesekali memandang rendah orang lain.
4. Berani menggelar orang lain tidak setaraf dengan anda
Jika anda berani beritahu orang lain bahawa mereka tidak setaraf, bermakna ego anda ternyata diluar kawalan.
Anda mungkin bagus dalam sesuatu perkara, tetapi hakikatnya ada orang lain yang lebih bagus daripada anda.
5. Rasa diri kebal
Mempunyai pemikiran bahawa tidak ada apa di atas muka dunia mampu menjatuhkan anda bukan sahaja tanda kamu memiliki ego yang besar bahkan kamu mungkin sedang berkhayal.
6. Anggap diri sentiasa betul
Tiada manusia yang sempurna tetapi jika anda sering meletakkan kesalahan ke atas orang lain walaupun salah sendiri, bermakna tahap ego anda sangat tinggi.
7. Mempunyai tanggapan buruk tentang orang lain
Jika anda sering merasakan orang lain tu teruk dan sentiasa mempunyai tanggapan teruk tentang mereka, bermakna ego anda di tahap terlalu tinggi.
8. Tidak pernah meminta maaf
Minta maaf adalah satu tindakan yang menunjukkan kamu memiliki sifat rendah diri. Jangan anggap diri sendiri betul sepanjang masa.
9. Enggan patuh pada peraturan
Bising apabila rakan sekerja masuk lambat tetapi tidak mengapa jika anda melakukannya. Oh korang boleh buat, tapi orang lain tak boleh. Banyak cantik!
10. Seronok melihat kejatuhan orang lain
Suka atau gembira apabila melihat orang sekeliling anda sedang bergelut dengan masalah. Tindakan itu seperti mengakui bahawa anda rasa anda lebih bagus.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel 10 Tanda Ego Anda Setinggi Langit & Bajet Bagus!
Anda sekarang membaca artikel 10 Tanda Ego Anda Setinggi Langit & Bajet Bagus! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/10-tanda-ego-anda-setinggi-langit-bajet_24.html
0 Response to "10 Tanda Ego Anda Setinggi Langit & Bajet Bagus!"
Catat Ulasan