Loading...

2 Pemain Senior Terbabit – Mohan

Loading...
2 Pemain Senior Terbabit – Mohan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 Pemain Senior Terbabit – Mohan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 Pemain Senior Terbabit – Mohan
link : 2 Pemain Senior Terbabit – Mohan

Baca juga


2 Pemain Senior Terbabit – Mohan

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) Datuk T. Mohan mengadakan sidang akhbar mengenai tiga pemain pasukan itu yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam rasuah dan mengatur perlawanan Liga Perdana hari ini. – Foto BERNAMA

NILAI: Presiden MISC-MIFA, Datuk T Mohan mengesahkan dua pemain tempatan pasukan itu yang disyaki terbabit dalam kegiatan menjual perlawanan adalah pemain senior yang bersama pasukan itu sejak beraksi dalam Piala FAM, musim lalu.

Malah katanya, mereka juga bukan kalangan yang menerima gaji rendah, sebaliknya mendapat bayaran setimpal dengan kedudukan sebagai pemain berpengalaman.

“Mereka berdua (pemain tempatan) adalah pemain senior yang sudah bersama pasukan sejak Piala FAM, malah kedua-duanya juga menerima gaji bulanan yang tinggi selaras status mereka.

“Saya rasa bukan isu gaji yang menyebabkan mereka terbabit dalam kegiatan menerima sogokan atau menjual perlawanan kerana kami turut menyediakan banyak kemudahan kepada pemain, termasuk penginapan.

“Malahan kami membayar gaji pemain, selain mencarum dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PERKESO tepat pada masa ditetapkan setiap bulan,” katanya pada sidang media di Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Beliau mengadakan sidang media itu bagi menjelaskan mengenai tiga pemain termasuk seorang import pasukan itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka ditahan kerana disyaki mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana.

Mohan berkata, pemain berkenaan kini ditahan reman oleh SPRM sehingga 12 April ini dan kedudukan mereka dalam pasukan itu bergantung kepada keputusan siasatan SPRM.

Mengulas mengenai langkah awal MISC-MIFA dalam mengambil tindakan terhadap kegiatan pemain terbabit, beliau berkata ia dikesan selepas menerima maklumat daripada beberapa individu.

“Selepas kami buat siasatan dalaman terhadap mereka, kami dapati ada unsur yang menjurus kepada kegiatan mengatur keputusan perlawanan dan kemudian kami melaporkan perkara itu kepada SPRM pada Jumaat minggu lalu.

“Kini, kami serahkan kepada pihak berkuasa itu untuk membuat siasatan lanjut serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemain terbabit,” katanya.

Beliau juga yakin kegiatan itu hanya berlaku ketika bersaing dalam Liga Perdana, bukannya bermula ketika beraksi dalam Piala FAM musim lalu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nfAhbw

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel 2 Pemain Senior Terbabit – Mohan

Sekianlah artikel 2 Pemain Senior Terbabit – Mohan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 Pemain Senior Terbabit – Mohan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/2-pemain-senior-terbabit-mohan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "2 Pemain Senior Terbabit – Mohan"

Catat Ulasan

Loading...