Loading...
Judul : Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG
link : Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG
Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG
JIKA minggu lalu kecoh apabila Adi Putra tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah untuk sebutan kes cerainya dengan isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, hari ini ‘ribut’ pula pelakon itu diamuk isteri keduanya!
Dalam satu gambar yang dimuat naik di dalam laman Instagram miliknya, terkandung sebuah mesej daripada bekas isteri keduanya, Norshahida Dzolkifly,33.
Antara isi kandungan mesej tersebut ialah Norshahida mengucapkan terima kasih kepada Adi Putra kerana menunjukkan perangainya yang sebenar. Menurut dirinya selepas apa yang berlaku, yang tinggal kini hanya kebencian.
Shahida juga turut berkata, dia tidak pernah terhutang budi pada Adi malah dia menyatakan bahawa sebaliknya Adi yang terhutang budi padanya.
Manakala dalam kapsyen pula, Adi menulis: “Ramai tertanya hutang apa, mayb can list down the hutang @marmobilespa #alhaq”.
Adi Putra bagaimanapun telah memadam status terbabit.
Sebenarnya, jika tuan empunya Instagram tidak membuka pekung sendiri itu mungkin semua orang tidak akan tahu apa yang berlaku di sebalik masalah rumahtangganya dengan isteri kedua.
Mungkin selepas ini Adi perlu lebih berhati-hati untuk tidak mencampur adukkan urusan kerjaya dengan hal peribadi dalam platform media sosial,kan? - MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG
Sekianlah artikel Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/adi-putra-terlajak-kongsi-masalah-di-ig.html
0 Response to "Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi Masalah Di IG"
Catat Ulasan