Loading...
Judul : Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja
link : Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja
Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja
SEORANG pembaca berita di Australia yang menjadi viral gara-gara aksi ‘terkejut beruk’ ketika bersiaran langsung kerana tidak menyedari sedang ke udara, telah digantung kerja buat masa ini.
Tindakan itu dikenakan kepada penyampai berita saluran ABC24 itu, Natasha Exelby susulan videonya menjadi viral.
Menerusi rakaman itu, Exelby dilihat sedang khayal bermain pen sebelum tiba-tiba mempamerkan raut wajah terkejut apabila menyedari sedang ke udara.
Aksinya yang gelabah apabila menyedari hal itu lantas tular dan menjadi bahan ketawa ramai.
Sementara itu, ramai penyampai berita menganggap tindakan saluran TV itu menggantung Exelby sebagai keterlaluan.
Menurut mereka, ianya satu kesilapan yang tidak disengajakan dan rata-rata penyampai berita mengalami perkara yang sama.
Dalam pada itu, jurucakap saluran itu memaklumkan Exelby sebenarnya hanya penyampai bebas dan dia akan dipanggil apabila diperlukan sahaja.
Exelby juga masih berkhidmat di saluran itu namun hanya tidak dibenarkan membaca berita buat masa ini.
Sebelum ini, Exelby pernah dikecam akibat kontroversi yang seakan sama di mana dia ketawa ketika menyampaikan berita tentang satu tunjuk perasaan yang telah mengakibatkan banyak kematian di Brazil. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja
Sekianlah artikel Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/anchor-terkejut-beruk-ketika-live.html
0 Response to "Anchor ‘Terkejut Beruk’ Ketika Live, Digantung Kerja"
Catat Ulasan