Loading...

APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah

Loading...
APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah
link : APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah

Baca juga


APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah


BAGAN DATUK – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menemukan 14 biji telur ular di dalam lubang kecil di bawah lantai simen kediaman seorang warga emas di Kampung Sungai Balai Darat di sini malam tadi.

Pegawai APM Bagan Datuk, Lt. Mohd. Zaidi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9 malam sebelum bergegas melakukan pemeriksaan di rumah Siti Halimah Karimun, 82, yang tinggal berseorangan itu.

“Bertindak daripada maklumat pemilik rumah, kami menemukan lubang kecil dan memecahkan lantai simen rumah tersebut sebelum menjumpai tiga biji telur ular.

“Anggota bertugas meneruskan kerja-kerja mengorek lubang itu dan menemui lagi sejumlah telur dengan jumlah keseluruhan 14 biji,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, usaha untuk menangkap ibu ular berkenaan menemui jalan buntu selepas lebih dua jam anggota APM melakukan pencarian di lubang itu.

“Nasib baik kelibat ular itu tidak muncul walaupun terdengar bunyi ular berdesir dan operasi terpaksa ditamatkan pukul 12 tengah malam tadi,” katanya.

Sementara itu, anak Siti Halimah, Mohd. Salihin Asmawi, 52, berkata sebaik menerima pangilan telefon daripada ibunya yang melihat kelibat ular memasuki rumah orang tuanya itu semalam, beliau segera menghubungi APM Bagan Datuk.

“Emak telah menelefon saya pada sebelah siangnya apabila dia pada mulanya menyangka ular berkenaan sesat memasuki sarang dan keluar semula semalam.

“Tetapi selepas nampak kelibat ular berkenaan masuk semula ke dalam rumah senja semalam, emak sekali lagi telefon saya sebelum saya menelefon APM Bagan Datuk,” katanya. – BERNAMA


Demikianlah Artikel APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah

Sekianlah artikel APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/apm-temui-14-telur-ular-bawah-lantai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "APM Temui 14 Telur Ular Bawah Lantai Simen Rumah"

Catat Ulasan

Loading...