Loading...

APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

Loading...
APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah
link : APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

Baca juga


APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

KUANTAN: Seorang tekong nelayan Vietnam ditahan dalam operasi khas di Zon Ekonomi Eksklusif selepas cubaan menyogok pegawai agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sebanyak RM3,000 pada Ahad petang.

Tekong berkenaan bersama 17 nelayan lain berusia 18 hingga 40 tahun ditahan oleh kapal maritim Pekan, ketika mereka sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram dengan kaedah tunda ganding bersama sebuah bot lain yang berjaya melepas diri pada jam 6 petang.

Menurut Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi), Kapten V.Pannir Selvan Veloo, selain cubaan memberi rasuah, kesemua nelayan terbabit tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Kesemua krew tiada passpot dan kad pengenalan diri. Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat lebih kurang 500kg sotong kering pelbagai saiz, 200kg ikan campuran dan 500kg ikan baja dalam petak simpanan ais.

“Pada masa yang sama juga tekong bit tersebut telah cuba memberi suapan kepada kapten memerintah kapal iaitu Kapten Robert Teh Geok Chuan agar bot miliknya dilepaskan,” kata Pannir.

Ini adalah tangkapan ketujuh melibatkan bot nelayan asing bagi tahun ini di perairan Pahang dan hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut telah didaftarkan di Vietnam, tambahnya.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1.05 juta.

Bot dan kesemua yang ditahan dibawa masuk ke jeti APMM Tanjung Sedeli untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 manakala tekong yang cuba memberi rasuah pula akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Menurut Pannir, KM Pekan yang ditugaskan di Wilayah Maritim Timur adalah dalam operasi pertamanya setelah diterima secara rasmi dari kerajaan Jepun pada LIMA baru-baru ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nTxcsR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

Sekianlah artikel APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/apmm-tahan-nelayan-vietnam-cuba-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah"

Catat Ulasan

Loading...