Loading...

B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA

Loading...
B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA
link : B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA

Baca juga


B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA

DATUK Mohd Yusoff Mahadi. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

JOHOR BAHRU: Pengurus baharu skuad Bawah 22 tahun (B-22), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, akan menemui jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi membincang persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Setakat ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) itu belum berkesempatan bertemu Kim Swee serta pemain B-22 selepas pulang dari mesyuarat EXCO FAM yang dipengerusikan Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di Kota Kinabalu, Sabah, Sabtu lalu.

Walaupun peranan baharu itu dianggap tugas berat, Mohd Yusoff bersedia melaksanakan tanggungjawabnya.

“Ia bukan saja harapan FAM malah rakyat Malaysia yang inginkan kecemerlangan dalam bola sepak untuk memburu pingat emas. Itu adalah ibu segala pingat temasya sukan dwitahunan ini.

“Peminat ingin melihat bola sepak layak ke final. Walaupun itu tugas berat tetapi tidak mustahil dan kami akan berusaha untuk merealisasikan harapan ini.

“Pertemuan dengan Kim Swee penting bagi membincang persiapan rapi daripada aspek latihan. Jika perlukan perlawanan persahabatan di luar negara, kita akan cari pasukan sesuai dan kuat,” katanya.

Mohd Yusoff juga menegaskan perlu diadakan latihan pusat yang lebih tersusun bagi memastikan pemain mendapat keserasian jitu, bukannya hanya menjalani sesi latihan singkat seperti yang diamalkan sebelum ini.

Latihan pusat selama sebulan itu mungkin diadakan pada Jun ini ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) berehat dan ia peluang terbaik bagi mengumpul pemain menjalani latihan.

“Mungkin bulan Ramadan lebih sesuai untuk mengumpul pemain B-22 tahun menjalani latihan. Walaupun tidak menjalani latihan berat, sekurang-kurangnya mereka dapat keserasian.

“Kerjasama dari persatuan negeri dan kelab penting untuk memberi pelepasan kepada pemain. Mungkin ada pemain baharu dibawa masuk dan semuanya terserah kepada perancangan Kim Swee,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oSHX3y

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA

Sekianlah artikel B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/b-22-perlukan-formula-terbaik-di-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "B-22 Perlukan Formula Terbaik Di Sukan SEA"

Catat Ulasan

Loading...