Loading...

Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines

Loading...
Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines
link : Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines

Baca juga


Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines


SATU pasangan yang dalam perjalanan ke Costa Rica dari Amerika Syarikat, berdepan situasi yang mengelirukan apabila diminta turun dari pesawat United Airlines yang dinaiki mereka, pada Sabtu.

Portal NBC melaporkan Michael Holh, dan tunangnya, Amber Maxwell, dari Houston, Texas, dalam perjalanan ke Liberia, Costa Rica, untuk majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung Khamis ini.

Holh memberitahu mereka merupakan penumpang terakhir yang menaiki pesawat di George Bush Intercontinental Airport.

Namun sebaik menaiki pesawat, pasangan itu mendapati seorang lelaki sedang tidur di tempat duduk mereka.

Enggan membangunkan lelaki itu, mereka membuat keputusan untuk duduk di tempat bersebelahan.

"Kami fikir ia bukan masalah kerana pesawat tidak penuh," cerita Holh kepada NBC.

Mereka kemudiannya didekati seorang krew penerbangan yang bertanyakan jika mereka berada di tempat duduk yang betul.

Pasangan itu kemudiannya menjelaskan situasi mereka dan bertanya jika mereka boleh mendapatkan upgrade.

Permintaan itu ditolak krew berkenaan yang meminta mereka kembali ke tempat duduk asal.

Permintaan itu dipenuhi tanpa soal, namun mereka kemudiannya didatangi oleh seorang pengawal keselamatan yang meminta mereka turun dari pesawat.

"Kami turun dari pesawat itu tanpa membuat kecoh, tapi kami tidak faham apa masalah sehingga kami diminta turun," kata Holh.

Satu kenyataan yang dikeluarkan United Airlines kepada media memaklumkan tindakan itu diambil kerana pasangan itu berkeras mahukan upgrade dan enggan kembali ke tempat duduk mereka.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan telah membantu pasangan itu membuat tempahan kembali pada Ahad.

Holh memberitahu dia dan tunangnya tidak akan terbang bersama United Airlines lagi selepas ini, dan menyifatkan pengalaman yang dilaluinya sebagai sangat pelik. - Astro Awani


Demikianlah Artikel Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines

Sekianlah artikel Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/bakal-pengantin-baru-pula-diarah-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bakal pengantin baru pula diarah keluar dari pesawat United Airlines"

Catat Ulasan

Loading...