Loading...

BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon

Loading...
BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon
link : BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon

Baca juga


BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon

KUCHING: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai perancangan baharu buat pemain beregu campuran, Chan Peng Soon susulan masalah kecederaan yang sering menghantui pasangannya, Goh Liu Ying.

Jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui, berkata kemungkinan besar Peng Soon akan digandingkan dengan pemain muda bagi menghadapi beberapa kejohanan tahun ini.

“Kami mungkin akan menggandingkan Peng Soon dengan pemain muda. Ia memberi kebaikan kepada Peng Soon kerana dia tidak akan terlalu terkesan jika Liu Ying mengalami kecederaan selain dapat membantu meningkatkan prestasi pemain muda.

“Kami akan cuba menggandingkan Peng Soon bersama pemain muda seperti Peck Yen Wei dan Cheah Yee See. Mereka berdua akan bergilir-gilir bergandingan dengan Peng Soon dalam satu atau dua kejohanan,” kata Eei Hui ketika ditemui, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying semalam ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas tewas kepada Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia, 21-18, 19-21, 17-21.

Chan Peng Soon. – Foto Danial Saad

Kegagalan beregu campuran itu adalah berpunca daripada kecederaan bahu dialami Liu Ying sejak Terbuka India, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Eei Hui bagaimanapun menjelaskan gandingan Peng Soon-Liu Ying tetap akan dikekalkan untuk beraksi dalam kejohanan utama termasuk Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

“Sebelum ini kita dapat lihat bagaimana Liu Ying sentiasa mengalami kaki bengkak jika dia terlalu beraksi bermati-matian dalam mana-mana kejohanan.

Ketika dia perlu berehat kita akan menggunakan pemain remaja untuk digandingkan bersama Peng Soon,” kata Eei Hui.

Katanya, setakat ini mereka dalam perancangan untuk menghantar Peng Soon-Yen Wei bermain di Terbuka Russia tiga minggu sebelum kejohanan dunia bermula.

“Ia masih belum muktamad, kita perlu melihat dari pelbagai aspek tetapi perkara ini sudah dibincangkan bersama Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen. Apa pun Peng Soon harus menerima perancangan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nGVCpj

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon

Sekianlah artikel BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/bam-cuba-gandingan-baru-untuk-peng-soon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon"

Catat Ulasan

Loading...