Loading...

Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang

Loading...
Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang
link : Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang

Baca juga


Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang

PEMAIN Barcelona, Neymar diasak pemain Malaga, Ignacio Camacho pada aksi La Liga Sepanyol di Malaga, Andalusia, awal pagi tadi. – Foto EPA

MADRID: Neymar diarah keluar padang ketika Barcelona terus tercicir di belakang Real Madrid dalam pemburuan takhta La Liga Sepanyol susulan kekalahan mengejut 2-0 kepada Malaga, awal pagi tadi.

Bagi Neymar, ia adalah kad merah pertamanya di Barcelona selepas mengumpul dua kesalahan kad kuning ketika Catalan dikecewakan bekas pemainnya, Sandro Ramirez yang menyertai Malaga menerusi perpindahan percuma, musim panas lalu.

Ramirez menggunakan sepenuhnya kesilapan pertahanan daripada Jeremy Mathieu untuk membawa bola menewaskan penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen.

Malaga turut berpeluang untuk menambah jaringan pada babak kedua yang dipalit kontroversi namun rembatan Juanpi tepat ke dakapan Ter Stegen.

Neymar dilayangkan kad kuning pertama kerana melengah-lengahkan sepakan percuma Malaga dengan mengikat tali kasutnya sebelum melakukan tindakan kurang bijak menyerang Diego Llorente ketika perlawanan berbaki 25 minit untuk kad kuning kedua.

NEYMAR dilayangkan kad merah selepas mengumpul dua kesalahan kad kuning. – Foto AFP

Pelawat berjaya memecah kebuntuan namun gol daripada pemain gantian, Adalberto Penaranda susulan serangan balas pantas dibatalkan kerana ofsaid.

Barca juga kecewa selepas pengadil, Gil Manzano sekadar menghadiahkan sepakan percuma berbanding penalti sekali pun Sergi Roberto jelas dijatuhkan di kawasan penalti.

Malaga akhirnya menggunakan kelebihan bermain lebih seorang pemain dengan menjaringkan gol kedua pada minit-minit terakhir perlawanan apabila hantaran bijak Pablo Fornals tidak disia-siakan Jony.

Real kini menjarakkan kedudukan kepada tiga mata dengan kelebihan satu perlawanan selepas sekadar seri 1-1 dengan Atletico Madrid di Santiago Bernabeu – hasil jaringan menarik Antoine Griezmann ketika perlawanan berbaki lima minit.

Begitupun, Galaticos tidak boleh tewas kepada Barca di laman sendiri dalam tempoh dua minggu lagi jika mengimpikan kejuaraan liga yang kali terakhir diraih lima tahun lalu. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oknpA2

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang

Sekianlah artikel Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/barca-tewas-neymar-dibuang-padang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Barca Tewas, Neymar Dibuang Padang"

Catat Ulasan

Loading...