Loading...

'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino

Loading...
'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino
link : 'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino

Baca juga


'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino


PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi sensasi Aiman Tino menyangkal dakwaan pihaknya meletakkan harga tidak masuk akal kepada penganjur yang ingin mengundang anaknya mengadakan persembahan.

Sebaliknya kata Yusri Ishak, 48, pihaknya terbuka dalam soal bayaran atas perbincangan kedua belah pihak namun kebiasaannya keputusan mengenai harga ditentukan oleh syarikat pengurusan Aiman.

“Jika diikutkan semua urusan mengenai sebut harga kepada pihak penganjur yang ingin mengundang Aiman mengadakan persembahan kita serahkan kepada pihak pengurusan.

“Tetapi tuduhan mengatakan pihak kami mengenakan bayaran tinggi tidak benar malah Aiman baharu sahaja pulang daripada mengadakan persembahan di Alor Star, Kedah dan dia hanya dibayar RM1,500 sahaja.

“Malah kami ke sana menggunakan kenderaan sendiri dan bukannya menggunakan pesawat dan kalau benar kami meletakkan harga tinggi, persembahan di Alor Star itu kami tak ambil,” jelasnya kepada mStar Online.


Yusri ditemui pada acara sesi bertemu peminat bersama Aiman Tino bagi mempromosikan produk keluarannya iaitu Sweet Aiman yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Aiman berkata, dia meletakkan sepenuhnya kepercayaan berkaitan hal pengurusan, persembahan dan jadualnya kepada bapa dan pihak pengurusannya.

“Bayaran bukan saya tetapkan tetapi saya serahkan perkara itu kepada Ayah dan pihak pengurusan kerana kalau saya hendak letak harga sendiri pun, saya sendiri tidak tahu berapa.

“Saya pun masih baharu jadi saya ikut sahaja apa yang telah disusun untuk saya,” katanya.


Bercakap mengenai sesi bertemu peminatnya itu, Aiman berkata, selepas beberapa kali mengadakan acara seperti itu bagi mempromosikan produk Sweet Aiman, keyakinannya untuk berkomunikasi dan berinteraksi bersama peminat semakin baik.

Kata Aiman, dia sebelum ini seorang yang agak pemalu dan kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai namun menganggap sesi bertemu peminat sebagai latihan memperbaiki diri.

“Saya tidak pandai berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai apatah lagi menjual produk tetapi program seperti ini telah melatih saya untuk lebih yakin.

“Alhamdulillah prestasi saya semakin baik dalam berinteraksi dan menghiburkan peminat malah lebih yakin apabila menjawab pertanyaan daripada media,” ujarnya. – mStar Online


Demikianlah Artikel 'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino

Sekianlah artikel 'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/bayaran-rm1500-pun-kami-terima-bapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Bayaran RM1,500 Pun Kami Terima' – Bapa Aiman Tino"

Catat Ulasan

Loading...