Loading...

Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza

Loading...
Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza
link : Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza

Baca juga


Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza

DATUK Seri Mohamad Norza Zakaria menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif di Wisma OCM hari ini.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta agar beliau dan Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid diberi ruang secukupnya dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung ‘gentlemen’s agreement’ bagi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Timbalan Presiden BAM itu memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Mohamed Al-Amin yang juga Pemangku Presiden BAM, berhubung isu berkenaan sebelum mesyuarat agung tahunan BAM yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

“Setakat ini, tiada apa-apa perkembangan lagi dan sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, bagi tempoh kepada saya dan Al-Amin untuk mencari penyelesaian (terbaik),” katanya.

Mohamad Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Anggota Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata badan induk itu akan mengadakan pertemuan dengan Amelia Alicia Anscelly dalam tempoh terdekat, susulan tindakan pemain beregu wanita itu memutuskan untuk keluar daripada naungan BAM menerusi satu kiriman surat, Ahad lalu.

Amelia, 28, dilaporkan berbuat demikian kerana dikatakan kecewa dengan keputusan jurulatih beregu negara yang kerap menukar pasangannya sehingga menjejaskan prestasi beliau dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Saya sudah menerima salinan surat berkenaan daripada Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen semalam, dan Amelia dalam suratnya menyatakan beliau mahu meneruskan karier di luar (BAM).

“Saya sudah beritahu Frost, kita akan bawa isu ini dalam mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan BAM akan datang dan saya akan menghubungi Amelia, dan bertanya apa masalah beliau sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut,” tegas Mohamad Norza sambil memaklumkan BAM belum bersedia melepaskan Amelia buat masa ini.

Sementara itu, Mohamad Norza memberi amaran kepada pemain muda negara terutama dalam acara perseorangan untuk memperbaiki prestasi pada Terbuka Singapura yang bermula hari ini, atau berdepan tindakan tegas.

Beliau berkata kemerosotan prestasi ditampilkan pemain muda negara pada Siri Super Premier Terbuka Malaysia yang berakhir di Kuching, Ahad lalu, perlu segera diatasi kerana mereka bakal menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini terutama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o0yvGH

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza

Sekianlah artikel Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/beri-ruang-saya-al-amin-cari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian – Norza"

Catat Ulasan

Loading...