Loading...

Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka

Loading...
Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka
link : Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka

Baca juga


Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka


Bagi ibu yang memiliki anak perempuan, ada baiknya kita dekati puteri kesayangan dan berbicara tentang haid dengan mereka.

Perlu kita faham anak-anak sekarang cukup berbeza pemikiran mereka berbanding zaman kita waktu remaja. Banyak perkara sudah mereka ketahui oleh itu anda boleh berbicara secara terbuka dengan mereka.

1. Beritahu mereka sudah dewasa
Apabila anak perempuan mengalami haid katakan kepada bahawa mereka sudah pun baligh dan memasuki fasa menjadi seorang wanita. Mereka akan melalui perubahan dari segi tubuh badan yang mana ia adalah sesuatu yang normal. Ingatkan juga anak bahawa apabila sudah baligh bermakna mereka wajib melakukan tuntutan agama dan jika tidak melakukanya maka dosa akan ditanggung sendiri.

2. Apa yang tidak diboleh dilakukan
Terangkan kepada mereka apa yang tidak boleh dilakukan ketika had seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya. Ingatkan juga anak perempuan agar menjaga batas pergaulan dengan lelaki termasuklah dengan saudara mara yang rapat mereka mereka.

3. Ajarkan cara
Kemudian ajarkan cara pemakaian pad yang betul. Sebaiknya terangkan tentang pemilihan pad atau tuala wanita sama ada jenis slim, maxi atau overnight. Begitu juga terangkan jenis mana yang sesuai untuk digunakan pada waktu malam, semasa melakukan aktiviti lasak dan sebagainya.

4.Tekankan aspek kebersihan
Bab ini sangat penting. Beritahu berapa kali dia harus menukar pad dan seluar dalam dalam sehari. Kemudian jelaskan apa harus dibuat dengan pad yang telah dipakai dan cara untuk membersih dan membuangnya. Terangkan dengan mudah agar anak-anak faham bagaimana menguruskannya.

5. Bawa pad di dalam beg
Pesan pada anak, perlu sentiasa bawa sekurang-kurangnya satu keping tuala wanita ke sekolah dan letakkan di dalam beg. Jelaskan kepadanya, setiap bulan keadaan yang sama akan dilalui dan masanya tidak menentu. Jadi perlu berjaga-jaga selalu.

6. Jelaskan simptom
Ceritakan kepada anak mengikut pengalaman anda sendiri tentang simptom-simptom sebelum haid seperti tumbuh jerawat, sakit perut, sensitif, kerap makan dan sebagainya. 

7. Amali cara mandi wajib
Ramai ibu terlepas pandang dalam bab mengajarkan anak-anak tentang mandi wajib. Sebaiknya lakukan amali agar anak perempuan remaja anda faham dan jelas apa yang harus dilakukan selepas berhentinya darah tersebut.

Sumber: Malajah Pa&Ma


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2plzANf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka

Sekianlah artikel Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/bila-anak-kali-pertama-datang-haid-7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka"

Catat Ulasan

Loading...