Loading...

Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW

Loading...
Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW
link : Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW

Baca juga


Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei. -Foto Rosli Rahmat

KUCHING: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui bukan mudah untuk meraih gelaran juara dalam setiap kejohanan disertainya apatah lagi bermain di laman sendiri.

Reaksi pemain nombor satu dunia itu hadir menjelang aksi pusingan pertama saingan Terbuka Malaysia yang menyaksikan dia menentang Rajiv Ouseph dari England di Stadium Perpaduan Kuching, esok.

Memegang status sebagai juara terbanyak Terbuka Malaysia dengan 11 gelaran, Chong Wei, 35, berkata semua pemain lawan pasti mahu menewaskan dirinya apatah lagi dia beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Bukan mudah mahu menang setiap kejohanan atau setiap tahun. Bermain di Malaysia adalah lebih sukar kerana saya sudah menang 11 kali kejohanan ini dan semua pemain lawan pastinya mahu menewaskan saya apatah lagi bermain di tempat sendiri.

“Saya difahamkan tiket sudah hampir habis terjual dan ia memberi petanda peminat di sini mahu menyaksikan saya dan pemain negara yang lain melakar kejayaan.

“Saya berterima kasih di atas sokongan padu ini dan saya akan cuba buat yang terbaik kerana saya sendiri secara peribadi mahu meraih gelaran ke-12,” katanya.

Mengulas kemungkinan dia akan bertemu musuh tradisinya, Lin Dan dari China jika layak ke pentas final, Chong Wei menegaskan dia lebih gemar fokus satu demi satu perlawanan dan tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu.

“Saya tahu kami mungkin boleh bertemu di final tetapi saya tidak boleh komen panjang mengenai perkara itu kerana tiada siapa boleh pastikan kami boleh layak ke final.

“Jadi, lebih baik saya fokus satu demi satu perlawanan dan persiapan diri saya sendiri,” katanya.

Saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung di Kuching menghadirkan kenangan terindah buat Chong Wei sepanjang kerjayanya selepas dia mempamerkan ‘magisnya’ di pentas final 2006.

Ketika itu, Chong Wei bangkit daripada ketinggalan 13-20 di set penentuan bertemu Lin Dan untuk meraih gelaran juara dengan kemenangan 23-21.

Bagaimanapun, dia menjelaskan situasi pastinya berbeza kali ini berbanding 11 tahun lalu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oxbBe6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW

Sekianlah artikel Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/bukan-mudah-beraksi-di-laman-sendiri-lcw.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bukan Mudah Beraksi Di Laman Sendiri – LCW"

Catat Ulasan

Loading...