Loading...

Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71

Loading...
Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71
link : Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71

Baca juga


Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71

KUALA LUMPUR: Anggota UMNO yang hadir pada sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai kira-kira RM1 juta.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia meliputi enam buah kereta Proton iaitu Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan sebuah Perodua Myvi serta 10 buah motosikal.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka hanya layak menyertai cabutan bertuah itu apabila mendaftar sebagai anggota UMNO dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.

“Mereka juga perlu mendaftar hadir di Bukit Jalil menerusi aplikasi Malaysia4all bermula pada hari ini sehingga 12 tengah hari, 10 Mei,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa.

Katanya, hadiah berkenaan sebagai menghargai anggota UMNO yang hadir dan bersama-sama memperjuangkan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang serta memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata bagi menjamin ketelusan, sebuah agensi audit antarabangsa dilantik bagi mengawal selia cabutan bertuah berkenaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata pelbagai program diadakan sempena sambutan ulang tahun tersebut termasuk acara kesukanan seperti bola sepak dan tarik tali serta pelepasan larian bendera bermula 1 Mei secara serentak di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah yang berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei.

Selain itu, beliau berkata karnival kerjaya anjuran Pemuda UMNO akan turut diadakan pada 10 Mei di perkarangan stadium berkenaan.

Katanya, pihak urus setia sambutan turut menganjurkan pertandingan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta rakaman video berdurasi tidak melebihi tiga minit bertemakan ‘tujuh dekad membangunkan bangsa’.

Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori bakal menerima wang tunai RM5,000, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) serta hadiah iringan berupa plak dan gajet, katanya.

Ab Rauf berkata mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh menghantar esei tidak melebihi 1,500 patah perkataan dan video menerusi emel eseiumno71@gmail.com.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0Ra9P

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71

Sekianlah artikel Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/cabutan-bertuah-rm1-juta-pada-sambutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71"

Catat Ulasan

Loading...