Loading...

Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif

Loading...
Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif
link : Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif

Baca juga


Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif

Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif“Saya mahu jadi huffaz (hafiz) dalam masa dua tahun. Saya pasti saya boleh. Kau boleh Thaqif.” Itu antara catatan Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang ditulis dan dilekatkan dalam al-Quran miliknya dipercayai ketika mula mendaftar di sebuah madrasah di Kota Tinggi, Johor, Januari lalu.

Catatan itu ditemui bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, sebelum menyerahkan kepada Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dazma Shah Daud yang menziarahi Allahyarham di Hospital Sultan Ismail (HSI), 1 tengah hari semalam.

Dazma Shah berkata, Allahyarham turut menulis panduan untuk menjadi seorang hafiz.

“Dengar cakap ibu bapa, jaga solat lima waktu dan menghafal surah yang senang dulu.

“Selain itu Allahyarham mencatatkan satu hadith mengenai niat menuntut ilmu perlu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah bukan maksud lain,” katanya.

Dia berkata, semasa berkesempatan menziarahi Allahyarham semalam, dia sebak melihat keadaan kanak-kanak itu terutama pada bahagian kaki selain hujung jari yang kering serta badan agak panas ketika itu.

“Saya hanya berdoa semoga Allahyarham segera sembuh. Apatah lagi ketika itu saya turut dimaklumkan pihak hospital akan memotong tangannya.

“Namun Allah lebih sayangkannya. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Dazma Shah berkata, dia memang rapat dengan bapa Allahyarham sejak 20 tahun lalu.

“Saya ada menasihatkan bapa Allahyarham supaya menyerahkan segala urusan terutama berhubung insiden yang menimpa anaknya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Mohamad Thaqif meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini akibat jangkitan kuman.

Allahyarham dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dia dilapor disebat oleh pembantu warden asrama madrasah.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Allahyarham sebelum ini pernah meluahkan perasaan dan doa dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.

Allahyarham turut berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.

Perkara itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihan yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.

Komen Pm

The post Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif appeared first on Eberita.org.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9J8Mk

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif

Sekianlah artikel Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/catatan-terakhir-allahyarham-mohamad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Catatan Terakhir Allahyarham Mohamad Thaqif"

Catat Ulasan

Loading...