Loading...

Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik

Loading...
Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik
link : Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik

Baca juga


Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik


JEPUN merupakan negara kepada asal-usul pelbagai ciptaan teknologi yang selangkah ke hadapan mendahului negara maju lain di dunia.

Jika diperhatikan dengan teliti, pelbagai perkara yang kita gunakan dalam kehidupan seharian sebenarnya dicipta oleh negara ‘matahari terbit’ ini.

Lihat sahaja ciptaan dari mereka seperti kayu swafoto, bateri sel kering, cakera padat, walkman dan pelbagai lagi yang kemudiannya menjadi ikutan satu dunia.

Maka tidaklah mengejutkan pada tahun 1980-an dahulu, negara kita sendiri pernah mengamalkan Dasar Pandang ke Timur bagi mendapatkan inspirasi bagaimana memajukan negara.

Kini, sebuah lagi idea kreatif mereka yang mungkin boleh kita contohi adalah menerusi ciptaan surat khabar mereka iaitu, Green Newspaper.

Ia bukanlah seperti akhbar kebiasaan, sebaliknya ia merupakan surat khabar khas yang membolehkan ia ditanam menjadi bunga atau tumbuhan-tumbuhan hijau setelah tidak digunakan.


Dengan menggunakan Green Newspaper, pengguna hanya perlu koyak kertas akhbar itu kepada beberapa bahagian kecil di tanah, kemudian siram sedikit air dan biar sahaja mengenai cahaya matahari dalam beberapa hari.

Hasilnya pasti mengejutkan apabila benih-benih mikro yang terdapat pada kertas berkenaan akan tumbuh menjadi bunga-bungaan yang cantik.



Ciptaan surat khabar ini merupakan hasil cetusan idea Dentsu Inc, iaitu sebuah syarikat pengiklanan di bawah sayap syarikat penerbitan akhbar Mainichi Shimbunsha.

Menurut Dentsu, matlamat mereka adalah ingin menjadikan bumi lebih hijau dan pada masa yang sama sebagai satu langkah mengurangkan pencemaran alam.

Difahamkan, jualan akhbar ‘mesra alam’ ini menerima sambutan amat baik daripada penduduk Jepun apabila dijual lebih empat juta naskhah sehari, sekali gus mengaut keuntungan sebanyak 80 juta yen.

Sementara itu, inisiatif penggunaan Green Newspaper turut melibatkan institusi persekolahan, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai isu alam sekitar dan mendidik mereka tentang kepentingan kitar semula.

Adakah anda merasai idea surat khabar ‘hijau’ daripada Jepun ini sangat kool? Kongsikan komen anda bersama kami! – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik

Sekianlah artikel Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/di-jepun-akhbar-boleh-tumbuh-jadi-bunga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik"

Catat Ulasan

Loading...