Loading...

Ditegur ketepikan bahasa Melayu

Loading...
Ditegur ketepikan bahasa Melayu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ditegur ketepikan bahasa Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ditegur ketepikan bahasa Melayu
link : Ditegur ketepikan bahasa Melayu

Baca juga


Ditegur ketepikan bahasa Melayu

Bahasa Melayu atau rasminya bahasa Malaysia tertakluk dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 sebagai Bahasa Kebangsaan.

Namun, masih ramai memandang sepi penggunaannya terutama dalam dunia hiburan tempatan.

Disebabkan itu, Cik Pang tertarik dengan teguran seorang penyanyi lama mengenai sikap segelintir pengacara dan selebriti yang terlalu mengagungkan bahasa Inggeris dalam program TV tempatan.

Kata penyanyi itu, kalau program itu sememangnya menggunakan bahasa Inggeris, tidak mengapalah tetapi jika ia berbahasa Malaysia bagaimana pula?

Cik Pang difahamkan, penyanyi itu menegur Neelofa yang menjadi juri program hiburan memberi komen dalam bahasa Inggeris kepada peserta yang rata-rata mempunyai pendidikan mungkin tidaklah setinggi pengacara jelita itu.

Dengarnya, ada segelintir peserta terpinga-pinga dengan komentar Neelofa yang mungkin menggunakan bahasa Inggeris tinggi.

Bukan niat Cik Pang hendak menjatuhkan maruah peserta kerana tidak berpendidikan tinggi dan kurang pandai berbahasa Inggeris tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Kebangsaan, rasanya Neelofa perlu bersikap adil.

Apatah lagi program hiburan itu ditonton jutaan masyarakat pelbagai lapisan. Jadi, pendedahan sebesar itu seharusnya didahulukan dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan. Tak begitu?

Sebagai selebriti dan menjadi perhatian ramai, mereka antara contoh terdekat untuk peminat menghargai bahasa Malaysia.

Pun begitu, bukan bermakna Cik Pang nak suruh selebriti tempatan bertutur secara baku, cuma gunakanlah bahasa Melayu dengan cara sesuai. Tapi jangan pula tiba-tiba beri alasan takut kelihatan bodoh sebab Berbahasa Kebangsaan ya!

The post Ditegur ketepikan bahasa Melayu appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oYfNmS

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Ditegur ketepikan bahasa Melayu

Sekianlah artikel Ditegur ketepikan bahasa Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ditegur ketepikan bahasa Melayu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/ditegur-ketepikan-bahasa-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ditegur ketepikan bahasa Melayu"

Catat Ulasan

Loading...