Loading...

Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen

Loading...
Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen
link : Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen

Baca juga


Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Dua beradik dan enam individu lagi termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan kesat terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, tahun lepas.

Dua beradik itu ialah Firdaus Tajuddin, 35, dan abangnya Faizal, 43, yang merupakan anak kepada Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Enam lagi ialah Ariffin Mohamed Ali, 33, Erwan Halmi, 37, Azmir Ahmad, 42, dan tiga wanita Sapiah Aini Sulaiman, 49, Norbaiti Taha, 55, dan Hasnah Md Razali, 49.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Mereka didakwa telah menggunakan perkataan kesat dan berkelakuan dengan cara mengugut yang ditujukan kepada Khalid dengan niat melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta, di hadapan Dewan Rakyat, Kompleks Parlimen di sini, pukul 11.15 pagi, pada 24 Nov 2016, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda RM100 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pengarah Pendakwaan Othman Abdullah manakala Firdaus dan Faizal diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Datuk M.S. Murthi, manakala tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osUPg9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//


Demikianlah Artikel Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen

Sekianlah artikel Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/dua-beradik-dan-enam-lagi-mengaku-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen"

Catat Ulasan

Loading...