Loading...
Judul : Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur
link : Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur
Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan, sebanyak 280 kawasan di sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami masalah bekalan air tidak berjadual ekoran paip utama di belakang bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat Sungai Buloh yang pecah, lapor Malaysia Digest.
Akibat kejadian itu, injab sistem agihan bagi jajaran paip dari SSP1 dan SSP2 melalui Kolam Imbangan Matang Pagar terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaikpulih dapat dilakukan.
Difahamkan, kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan dan dianggarkan siap dalam tempoh 48 jam serta bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja pembaikan itu siap dilakukan.
"Pihak kami telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dan mengambil tindakan perlu bagi menangani situasi itu.
"Aset-aset serta bantuan lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan pengguna-pengguna kritikal, hospital dan lain-lain," kata kenyataan Syabas yang disiarkan di laman webnya hari ini.
Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak> Nama & Alamat).
Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini. - The Reporter
Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak> Nama & Alamat).
Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini. - The Reporter
Sumber : Gengviral
Demikianlah Artikel Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur
Sekianlah artikel Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/gangguan-bekalan-air-5-hari-di-280_26.html
0 Response to "Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur"
Catat Ulasan