Loading...

Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat

Loading...
Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat
link : Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat

Baca juga


Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat

Bakat baharu Haqiem Rusli, 19, mempunyai cara tersendiri menjaga batasan dengan peminat terutamanya terhadap peminat wanita dengan tidak menyentuh mereka termasuklah bersalaman.

Menurut penyanyi yang semakin meraih populariti menerusi single Segalanya ini, selain itu setiap kali hendak memuat naik gambarnya bersama peminat-peminat wanita di akaun media sosial, dia akan memastikan aib mereka terjaga.

Dia akan menyunting terlebih dulu bahagian-bahagian tertentu yang terdedah yang wajib ditutup seperti bahagian pergelangan tangan dan kemudian barulah dia memuat naik foto berkenaan.

“Saya tidak bersalaman dengan peminat wanita dan rata-rata mereka memahami dan menghormati. Selain itu, saya memang akan pastikan setiap kali hendak memuat naik gambar di Instagram, saya akan sunting dulu bahagian tertentu.

“Saya buat begitu kerana, misalnya satu gambar saya muat naik, akan mendapat hampir 10,000 ‘like’, jadi secara tidak langsung saya juga menanggung dosa kerana sayalah punca gambar tersebut dilihat umum. Sebab itu, saya akan sunting dulu bahagian tertentu bagi menjaga aib mereka,” jelasnya.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 19, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media #JelajahMuzikSafiBalqis berkolaborasi bersama Sony Music Malaysia, bertempat di Menara KL, pada Selasa.

Kata anak ketiga daripada lima beradik ini, dia gembira kerana kehadirannya dalam industri muzik kini semakin diterima banyak pihak.

“Alhamdulillah, kalau mula-mula dulu orang tak kenal saya, tapi sekrang ke mana saya pergi ramai peminat perasan dan mereka mendekati saya kerana mahu bergambar. Saya juga pernah lalui pengalaman diekori peminat wanita sehingga ke tandas.

“Walaupun mereka mempunyai pelbagai ragam namun saya tiada masalah melayan mereka dan tidak berasa penat ataupun terganggu setiap kali didatangi peminat,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul Tergantung Sepi, tidak lama lagi.

Selain itu, Haqiem juga akan menyertai siri Jelajah Kolaborasi Safi Balqis Bersama Artis Sony Music yang turut menampilkan barisan artis popular seperti Aliff Aziz, Altimet, Ifa Raziah, Ary Hadre, Farisha Irish, Shamim dan Wani.

Mereka akan berada di lokasi terpilih iaitu di Mydin Pulau Sebang Melaka (16 April), Universiti Utara Malaysia, Kedah (19 April), Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (23 April), Universiti Putra Malaysia, Serdang (29 April) dan Mydin Senawang, Seremban (7 Mei).

The post Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nM1z5a

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat

Sekianlah artikel Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/haqiem-rusli-jaga-batas-cover-aib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Haqiem Rusli Jaga Batas, ‘Cover’ Aib Peminat"

Catat Ulasan

Loading...