Loading...

Harris pilih barisan terbaik

Loading...
Harris pilih barisan terbaik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harris pilih barisan terbaik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harris pilih barisan terbaik
link : Harris pilih barisan terbaik

Baca juga


Harris pilih barisan terbaik



ARKIB : 29/11/2003

Daripada MOHD. TAUFEK RAZAK

HO CHI MINH _ Jurulatih kebangsaan, Allan Harris tidak mahu mengambil risiko sebaliknya akan menurunkan kesebelasan terbaiknya apabila bertemu Kemboja pada perlawanan pembukaan Kumpulan B acara bola sepak Sukan Sea di Ho Chi Minh, hari ini.

Walaupun menyedari kekuatan pasukan lawan tidaklah sehebat dua lagi pencabar dalam kumpulan yang sama iaitu Singapura dan Myanmar namun Harris mahu memastikan kemenangan dalam tangan pada perlawanan pertama itu.

``Saya tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan barisan kedua menghadapi Kemboja kerana keputusan perlawanan pertama ini penting sebelum bertemu Singapura dan Myanmar pula.

``Kita mesti menang dan untuk mencapainya, saya akan menurunkan barisan terbaik walaupun orang kata Kemboja merupakan pasukan paling lemah dalam kumpulan ini,'' tegasnya.

Sehingga ini katanya, barisan pemain yang akan diturunkan menghadapi Kemboja sudah ada dalam kotak fikirannya dengan kebanyakan daripadanya berpengalaman kerana sudah kerap beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia, bulan lalu.

Malaysia dijangka menurunkan penyerang utama, Akmal Rizal Rakhli untuk mengetuai barisan depan dan akan bergandingan dengan Mohd. Fadzli Saari.

``Akmal menjadi sandaran utama saya untuk mendapatkan gol berdasarkan penyudah yang baik serta skil menjaringkan gol yang tinggi,'' jelas Allan.

Ketua pasukan, Norhafiz Zamani Misbah pula akan mengetuai barisan pertahanan manakala bahagian tengah diketuai Indra Putra Mahayuddin.

Sementara itu, jurulatih Kemboja, Nont Pkim Son ketika ditemui selepas mesyuarat pengurus pasukan semalam mengakui, Malaysia terlalu kuat bagi pasukannya.

Katanya, peluang untuk menang memang tipis tetapi apa yang boleh pemainnya lakukan ialah bermain sebaik mungkin untuk menyekat Malaysia mencatat kemenangan besar.

``Kami memandang tinggi keupayaan Malaysia dan memang sukar untuk menang. Tetapi kami tidak akan membiarkan sehingga dibelasah teruk,'' katanya yang juga bekas pemain kebangsaan negaranya beberapa tahun lalu. - Utusan

BARISAN KEMUNGKINAN:

Penjaga gol:

Mohd. Syamsuri Mustafa

Pertahanan:

Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Abd. Aziz Ismail, Yosri Derma Raju

Tengah:

Indra Putra Mahayuddin, Juzaili Samion, Mohd. Mazuki Yusof, K. Rajan

Penyerang:

Akmal Rizal Rakhli, Mohd. Fadzli Saari

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2obR78k
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Harris pilih barisan terbaik

Sekianlah artikel Harris pilih barisan terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harris pilih barisan terbaik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/harris-pilih-barisan-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harris pilih barisan terbaik"

Catat Ulasan

Loading...