Loading...

Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU

Loading...
Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU
link : Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU

Baca juga


Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU

KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu sentiasa berwaspada dengan muslihat DAP untuk mencaturkan pentadbiran negara ini menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, DAP sengaja memperalatkan beberapa pemimpin Melayu yang kecewa dengan UMNO untuk berada dalam barisan depan Pakatan Harapan bagi mengabui mata rakyat.

“Pemimpin Melayu yang kecewa dan begitu berangan untuk berkuasa sanggup menjadi umpan DAP, inilah strategi licik DAP.

“DAP hanya memperalat dan memperkudakan pemimpin Melayu supaya berlaku pertelingkahan dan perpecahan sesama orang Melayu dengan menggunakan perbezaan ideologi politik.

“DAP parti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka walaupun dengan mempergunakan segelintir pemimpin politik Melayu yang kecewa dan kemaruk kuasa,” tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Kit Siang patut jadi pengerusi Pakatan Harapan – Ismail Sabri

BACA: DAP lebih pentingkan penguasaan berbanding jawatan – Noh

Tambah beliau, rakyat perlu memahami bahawa bukan begitu mudah untuk DAP ‘tunduk’ kepada pemimpin Melayu walaupun mereka meletakkan pemimpin Melayu mengetuai Pakatan Harapan.

“Takkan begitu senang DAP mahu berketuakan orang Melayu kerana selama ini parti itu amat memusuhi dan tidak pernah senang hati dengan kedudukan serta pencapaian orang Melayu di negara ini.

“DAP mempunyai muslihat yang cukup licik ketika sesetengah pemimpin Melayu masih tidak sedar dan terbuai dengan harapan kosong untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

“Orang Melayu perlu untuk berasa bimbang jika keputusan PRU akan datang memihak kepada penguasaan bukan Melayu dan menyaksikan DAP mendominasi blok pembangkang,” tegasnya.

Oleh sebab itu jelas Syed Ali, orang Melayu perlu sentiasa bimbang kerana pengundi bukan Melayu kemungkinan boleh memihak kepada DAP yang memainkan isu dan sentimen perkauman.

“Saya kesal kerana ada segelintir pemimpin Melayu yang tergamak berpeluk dengan pemimpin DAP sedangkan selama ini parti rasis itu sentiasa memusuhi dan mencurigai kepimpinan politik orang Melayu.

“DAP sememangnya tidak mempunyai semangat kekitaan untuk menbentuk persekitaran politik yang sihat,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan seterusnya berkata, selama lebih 70 tahun UMNO menjadi payung yang melindungi kepentingan dan masa depan orang Melayu.

“Selama tempoh itu, UMNO telah melalui beberapa pengalaman dan pahit getir tetapi akhirnya tetap berjaya memperkasakan perjuangan orang Melayu seperti yang ada hari ini.

“Tidak ada sebab mengapa dan kenapa institusi siasah Melayu ini hendak diruntuhkan hanya disebabkan amukkan politik pembangkang yang sasaran perjuangan yang kabur dan tidak menjanjikan harapan untuk rakyat terutama orang Melayu,” tegasnya.

Beliau berkata, walaupun UMNO dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan pelbagai fitnah dan tuduhan tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib rakyat.

Sehubungan itu katanya, rakyat terutama orang Melayu perlu berhati-hati dengan serangan politik yang mula diperhebatkan oleh blok poembangkang untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama, beliau menyeru seluruh kepimpinan UMNO supaya meningkatkan semangat perpaduan dan lebih pro-aktif menyantumi permasalahan rakyat dan golongan sasaran.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFFDI8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU

Sekianlah artikel Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/hati-hati-muslihat-dap-catur-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hati-hati Muslihat DAP Catur Politik Negara Selepas PRU"

Catat Ulasan

Loading...