Judul : Henley Rangkul Terbuka Houston
link : Henley Rangkul Terbuka Houston
Henley Rangkul Terbuka Houston
Russel Henley memperagakan trofi kemenangan menjuarai Terbuka Jelajah US PGA Houston, pagi tadi. – Foto AFP
LOS ANGELES: Russel Henley mempamerkan kualiti tersendiri ketika menjuarai Terbuka Jelajah US PGA Houston untuk memastikan slot terakhir ke saingan Masters, pagi tadi.
Henley melengkapkan aksi di lapangan Golf Club of Houston dengan catatan 10 birdie, tujuh bawah par 65.
Secara keseluruhannya, Henley merakamkan 20 bawah par 268, kelebihan tiga pukulan berbanding Kang Sung dari Korea Selatan yang sekadar mengumpul 271 keseluruhan.
“Ia memang tidak dijangkakan. Apatah lagi untuk mendapat slot ke saingan Masters,” katanya yang memulakan minggu ini sebagai pemain di ranking ke-117 dunia.
Dua pemain Amerika Syarikat, Luke List dan Rickie Fowler berkongsi di tempat ketiga, masing-masing mencatatkan 272 pukulan.
Ketika memulakan hari keempat, Henley ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu ketika itu, Kang namun birdie yang dilakukan pada lapan lubang pertama nyata membantu catatan di penghujung saingan.
“Saya cuba beraksi dengan mentaliti yang saya mampu melakukannya dan memenangi saingan ini. Dan saya mula yakin dengan mentaliti itu,” katanya. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nyrRIm✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Henley Rangkul Terbuka Houston
Anda sekarang membaca artikel Henley Rangkul Terbuka Houston dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/henley-rangkul-terbuka-houston.html
0 Response to "Henley Rangkul Terbuka Houston"
Catat Ulasan