Loading...

Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !

Loading...
Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !
link : Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !

Baca juga


Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !

PETALING JAYA: PAS yang mahu turun sebagai blok ke-3 dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen.
Bagi Wilayah Persekutuan, PAS menyasarkan untuk bertanding di tujuh kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Lembah Pantai manakala dua kawasan iaitu Segambut dan Batu masih dalam pertimbangan.
“Ini semua (jumlah keseluruhan kerusi Parlimen) masih belum dimuktamadkan. Ia tertakluk kepada perbincangan (parti) nanti,” kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.
Dewan Rakyat terdiri daripada 222 kerusi Parlimen.
Idris berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Cyberjaya, hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, parti itu bertanding di 76 kerusi Parlimen dan 237 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia memenangi 21 kerusi Parlimen dan 83 DUN.
Di peringkat Parlimen enam wakil rakyat telah keluar PAS untuk menyertai Parti Amanah Negara.
Dalam pilihan raya umum 2008, PAS bertanding 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi DUN dan mencatatkan kemenangan di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.
Laporan portal itu menyebut, Idris turut menyelar sikap pemimpin politik yang sebenarnya memahami matlamat sebenar Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 (RUU 355), namun berterusan memberikan gambaran negatif mengenainya.
“Undang-undang ini tidak membabitkan bukan Islam seperti mana kewajipan berpuasa yang hanya membabitkan orang Islam pada bulan Ramadan.
“PAS membentangkan RUU355 berdasarkan fakta dan bukan emosi. Jika ada yang menolaknya, maka ada sikap yang tidak baik,” kata beliau merujuk kepada usul RUU 355 yang dibentang oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu. #sumber


Demikianlah Artikel Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !

Sekianlah artikel Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/idris-ahmad-pru-14-pas-tanding-80.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Idris Ahmad: PRU-14 PAS Tanding 80 Kerusi Parlimen, 7 Di Wilayah !"

Catat Ulasan

Loading...