Loading...

“Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen

Loading...
“Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen
link : “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen

Baca juga


“Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen

Pereka fesyen Fiziwoo menjelaskan pakaian pengacara Neelofa pada Anugerah Meletop Era (AME2017) pada Ahad lalu merupakan trend digayakan selebriti antarabangsa.

Fizi berkata, gaya baju tee bermesej itu kini popular di luar negara dan menjadi pilihan ikon fesyen luar negara.
“Statements Tee sekarang menjadi trend di luar negara, ramai artis antarabangsa seperti Rihanna dan Kendall Jenner mengayakannya pada majlis-majlis hiburan mereka.

“Neelofa selebriti pertama di negara yang berani mencubanya dan kami percaya ia akan menjadi ikutan oleh masyarakat dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” ujarnya.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizi Radzi Woo mengulas tentang baju yang digayakan oleh Neelofa pada majlis AME2017 yang berlangsung malam Ahad lalu di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pakaian baju tee dengan skrit labuh Neelofa ketika mengacarakan program itu dikritik dan dianggap tidak bersesuaian dengan majlis berkenaan.

Jenama fesyen Fiziwoo merupakan gabungan anak muda berbakat Fizi dan Khai.

Dalam pada itu, Khai atau nama sebenarnya Izree Kai Haffiz pula berkata, konsep baju berkenaan dilihat bersesuaian dengan majlis anugerah tersebut yang berbeza dengan majlis-majlis anugerah lain.
“Baju itu bersesuaian dengan AME2017 yang berkonsepkan lebih ceria, ia lebih seperti MTV Award dan bukannya seperti anugerah Oskar.

“Ketika kami cadangkan idea tersebut, Neelofa gembira dan teruja untuk mengayakannya. Kami juga ada sediakan baju lain yang lebih anggun pada malam itu tapi dia buat keputusan untuk tidak menukar baju itu,” ujarnya.

Sementara itu, Fiziwoo yang sudah empat tahun bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk bintang popular itu mengakui gementar menerima persepsi masyarakat.

Katanya, mereka juga sudah menjangka sebarang komen sama ada baik dan buruk yang bakal diterima.
“Setiap tahun kami akan gementar untuk baca komen-komen netizen sebab kami tahu ia akan ada yang suka dan ada yang tidak boleh terima,” ujarnya.

Pada majlis berkanaan, Neelofa turut diumumkan sebagai pemenang Hos MeleTOP dan Program MeleTOP serta memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).

The post “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pjKy69

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen

Sekianlah artikel “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/imej-neelofa-ikut-trend-antarabangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Imej Neelofa Ikut Trend Antarabangsa” – Pereka Fesyen"

Catat Ulasan

Loading...