Loading...
Judul : Ingatkan Taman,Rupanya Istana
link : Ingatkan Taman,Rupanya Istana
Ingatkan Taman,Rupanya Istana
loading…
loading…
Ingatkan Taman,Rupanya Istana
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki yang menceroboh kawasan Istana Bukit Serene pada minggu lalu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Noor Aisyah Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Rosman Jazman, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Rosman didakwa dengan niat melakukan satu perbuatan menyalahi undang-undang apabila telah menceroboh masuk ke dalam kawasan Istana Bukit Serene di sini pada pukul 7.25 malam, 17 April lalu.
Dia yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syafiq Mohd. Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon maaf di atas perbuatan tersebut dan meminta agar hukuman terhadapnya dikurangkan kerana menyara ibu dan adik-beradik termasuk empat orang anak di kampung.
“Saya baru sampai sini dari Kota Kinabalu, Sabah dan tidak tahu selok-belok di sini dan menyangka kawasan tersebut merupakan taman untuk saya tumpang tidur,” ujarnya.
Moor Aisyah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan bermula dari tarikh lelaki itu ditangkap pada 17 April lalu.
Tertuduh dihantar ke Penjara Kluang.
ROsman (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam selepas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan menceroboh kawasan Istana Bukit Serene pada 17 April lalu.
The post Ingatkan Taman,Rupanya Istana appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p650H4
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Ingatkan Taman,Rupanya Istana
Sekianlah artikel Ingatkan Taman,Rupanya Istana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ingatkan Taman,Rupanya Istana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/ingatkan-tamanrupanya-istana_26.html
0 Response to "Ingatkan Taman,Rupanya Istana"
Catat Ulasan