Loading...

ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI

Loading...
ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI
link : ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI

Baca juga


ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Jahanam Pan’ yang ditujukan kepada Amanah menunjukkan Pas sudah hilang identiti sebagai parti berakhlak.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, lebih mengejutkan apabila perkataan itu diungkapkan di Muktamar Dewan Ulamak Pas yang merupakan dewan paling dihormati dalam Pas.

“Bagi kita, ungkapan itu boleh dianggap melampau dan biadab. Amat mendukacitakan apabila ia diucapkan oleh salah seorang perwakilan dan disambut pula dengan laungan takbir.

“Jika Dewan Ulamak yang paling dihormati boleh menggunakan perkataan kasar begini, sudah tentu pengikut di bawah akan mengikuti. Kalau ulama pun cakap begitu, ini menunjukkan keseluruhan Pas sudah diracuni dengan budaya tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, istilah ‘Jahanam Pan’ dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak Pas.

Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum  Mohd Rejab  menyebut ‘Jahanam Pan’ sebaik ia berakhir.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau menjangkakan Muktamar Pas yang berlangsung ketika ini akan menjadi medan untuk memaki hamun.

“Mereka akan caci maki Amanah dan DAP, cuma satu saja mereka tidak akan maki iaitu Umno,” dakwanya.

Bagaimanapun, kata Mujahid, Amanah tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas Pas kerana perkara itu di luar kawalan mereka.

“Amanah tidak terjejas apa-apa. Cuma saya harap Pas dapat gunakan cara yang lebih baik dan bersaing secara sihat, bukannya dengan pendekatan hinaan dan caci maki sebegini,” katanya.

– http://ift.tt/1bq4zcn

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puCzmG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI

Sekianlah artikel ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/isu-jahanam-pan-umno-saja-pas-tak-maki_28.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISU ‘JAHANAM PAN’: UMNO SAJA PAS TAK MAKI"

Catat Ulasan

Loading...