Loading...

Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN

Loading...
Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN
link : Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN

Baca juga


Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN

PIS (Parti Islam seMalaysia) macam mana boleh transform jadi PAS, entahlah!

Jahanam PAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah
28 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Kecaman Dewan Ulamak Pas terhadap Amanah dalam muktamar sayap utama parti itu semalam tidak langsung mendatangkan kesan kepada para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut, malah naib presiden Amanah menasihati anggota parti itu supaya memaafkan dan mendoakan kebaikan terhadap mereka.

Naib presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam pesanan yang tular di media sosial mengemukakan pertanyaan, "Adakah anda semua boleh dan mampu tersenyum puas kalau ada rakan anda tersasul memaki orang lain?"
Beliau lantas memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan; seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Hasanuddin juga memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Memadai seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim."
Beliau juga mengingatkan tentang sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian haram atas kalian...” (HR Bukhari Muslim)
Hasanuddin turut mengingatkan ahli Amanah bahawa setiap kumpulan umat Islam mempunyai maruah dan kehormatan walaupun cara mereka tidak dipersetujui kelompok yang lain.
Malah katanya, Rasulullah s.a.w. menghalang umat Islam mencela saudara Islamnya yang lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
"Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran."
"Semoga semua yang membaca coretan sedia memaafkan mereka.
"Tuhan akan tinggikan kemuliaan dan maruah kita apabila kita bersabar, memaafkan dan mendoakan keampunan buat mereka yang melaknat dan mencerca kita," ujarnya.
Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan 'jahanam PAN' (Amanah), diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap Pas tersebut sekaligus mempersoalkan sejauh mana parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu mengamalkan 'budaya politik matang dan sejahtera' seperti yang dilaungkan.
Sementara itu, penganalisis politik yang juga pensyarah universiti awam, Dr A Zachary S memandang berat kecenderungan pemimpin Pas mengutuk dan melaknat lawan politik mereka.
Menurut beliau, perkataan 'laknat' boleh dilihat dari dua makna iaitu cerca, kutuk dan pengusiran dari rahmat Allah.
Dr Zachary menjelaskan, melaknat orang mukmin lain oleh seorang mukmin termasuk dalam perkara dosa dan Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang melaknat seseorang Mukmin, maka itu seperti membunuhnya." [HR Bukhari, 10/464]
Malah tambah beliau, Allah SWT sendiri melarang umat Islam melaknat seorang kafir secara individu.
Menurutnya, Rasulullah s.a.w. pernah ditegur Allah SWT kerana mendoa laknat Abu Jahal dan kafir Quraisy menerusi firman-Nya:
"Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka atau mengazab mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim." [Ali Imran: 128]
"Hukum melaknat orang kafir yang masih hidup dilarang oleh Allah kerana boleh jadi Allah merahmati dia sehingga dia mendapatkan hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi orang mukmin.
"Jika orang kafir pun dilarang Allah kita melaknat, inikan pula sesama muslim dan mukmin?" ujar beliau.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quBtVr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN

Sekianlah artikel Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/jahanam-pan-ratib-baru-golongan-walaun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jahanam PAN!: Ratib baru golongan wala'un mengantikan Jahanam UMNO/BN"

Catat Ulasan

Loading...