Loading...

Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT

Loading...
Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT
link : Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT

Baca juga


Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT


LONDON – Seorang pemilik Ferrari berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak £10,000 (RM55,500) terhadap pihak majlis bandaran tempatan gara-gara keretanya mengalami kerosakan ketika melalui jalan berlubang.

Scott Nicholas, 44, yang memandu pada waktu malam di sebatang jalan di Peterborough mendakwa lubang terbabit menyebabkan Ferarri model 458-nya terbabas teruk sehinggakan beg udara di bahagian penumpang turut terkeluar.

“Saya kemudian terbabas ke jalan bertentangan, dan mujur nasib baik tiada kereta dari arah depan. Apabila beg udara meletup, saya berasa sangat terkejut.

“Saya sangkakan telah melanggar sesuatu objek namum macam tak percaya ianya disebabkan lubang di jalan itu,” ujarnya dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam, Mei tahun lalu.


Di sebalik kerosakan beg udara yang menelan belanja pembaikan sebanyak £6,000 (RM33,300), rim orignal keretanya turut berlekuk membuatkan Scott perlu membayar £3,000 (RM16,650) untuk proses baik pulih.

Apa yang lebih mengecewakan, bapa kepada dua anak itu mengatakan kenderaan mewahnya terpaksa ‘tersadai’ selama tiga bulan demi menunggu alat ganti yang diterbangkan khas daripada Itali.


Scott memberitahu, dia akan menerima tuntutan wang berkenaan dalam masa tiga minggu dan apa yang lebih mengejutkan, dia akan mendermakan kesemua wang tersebut kepada rumah-rumah kebajikan di England.

“Ia bukan soal wang, ia mengenai prinsip dan hak kita. Lebih menyakitkan hati ketika di mahkamah, mereka cuba untuk mengelak daripada membayar ganti rugi kepada saya.

“Mereka juga mengatakan supercar tidak sepatutnya berada di atas jalan,” ujar Scott lagi

Kejadian yang menimpa lelaki ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua, lihatlah bagaimana hak pengguna di negara maju tetap dibela.

Apapun, jika mengikut kepada acuan sistem perundangan, Malaysia rasanya tidak jauh daripada amalan British.

Jadi, kepada pihak DBKL, adakah pengguna berhak saman anda sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan akibat jalan tidak diselenggara dengan baik? – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT

Sekianlah artikel Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/jalan-berlubang-pemilik-ferrari-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT"

Catat Ulasan

Loading...