Loading...

Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi

Loading...
Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi
link : Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi

Baca juga


Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi

KOTA TINGGI: Jenazah pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Aping Timur, 12.37 tengah malam ini.

Terdahulu, jenazah tiba di rumah datuknya, Ahmad Motai dekat sini kira-kira pukul 11.40 malam.

Turut mengiringi jenazah pelajar itu adalah bapanya Mohd Gaddafi Mat Karim.

Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin,11, disembahyangkan di rumah datuknya, kira-kira satu kilometer dari tanah perkuburan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md Ariff turut menziarahi keluarga Allahyarham di rumah Ahmad.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa menziarahi dan mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Jenazah Mohamad Thaqif Amin, dibawa keluar dari Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru kira-kira 10.50 malam selepas selesai bedah siasat.

Mohamad Thaqif Amin, yang dipotong kedua belah kaki hingga paras peha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia pada pukul 2.05 petang Rabu di HSI.

Pelajar itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi semalam, namun, ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kisah Mohamad Thaqif Amin menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden sekolahnya.

Pembantu warden lelaki berusia 29 tahun itu kemudian ditahan dan direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes. - BERNAMA



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oNC1W9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi

Sekianlah artikel Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/jenazah-mohamad-thaqif-selamat-dikebumi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumi"

Catat Ulasan

Loading...