Loading...

Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat

Loading...
Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat
link : Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat

Baca juga


Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat


MUDAH sungguh zaman teknologi kini apabila hanya menggunakan aplikasi media sosial untuk menipu dan mendapat wang dengan mudah.

Terbaru, sekumpulan 18 warga China terpaksa bergadai dan menjual tanah semata-mata mahu menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mencari rezeki sebagai pekerja buruh.

Namun, usaha yang dilakukan sia-sia apabila ditipu sindiket yang menjanjikan pekerjaan sebagai buruh di Johor Bahru.

China Press melaporkan, pekerja dari wilayah Hunan, China itu telah membayar antara RM12,700 hingga RM38,300 kepada seorang ejen pekerjaan.

Mereka dijanjikan bekerja di sebuah syarikat pemaju terkenal dengan gaji bulanan sebanyak RM5,745 dan kenaikan gaji sehingga RM8,298 sebulan setelah mereka melepasi tempoh percubaan.

Lebih menyedihkan apabila mangsa ditinggalkan di sebuah tapak binaan pada tengah malam di Johor Bahru selepas mendarat di negara ini.

Dalam keadaan tiada duit, mereka memilih berpatah balik ke Lapangan Terbang Senai di Johor dan bermalam di situ.

Penyeksaan mereka tidak terhenti situ apabila mendapati tiket penerbangan ulang alik yang dijanjikan sindiket menjadi tiket sehala manakala visa kerja pula bertukar menjadi visa pelancongan yang akan tamat pada 24 April ini.

Mangsa, Gu Ren Yi, 55; berkata, mereka terpedaya dengan gaji yang tinggi dan mengetahui mengenai pekerjaan tersebut melalui aplikasi sosial WeChat.

Difahamkan, kedutaan China di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan kejadian tersebut dan akan memberi bantuan yang sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat

Sekianlah artikel Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/jual-tanah-selepas-terpedaya-tawaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat"

Catat Ulasan

Loading...