Loading...

Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video

Loading...
Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video
link : Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video

Baca juga


Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video

Penyanyi Indonesia Judika memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani pengambaran muzik video single terbaharunya berjudul Lebih Dari Cinta.

Judika, 39, berkata, muzik video lagu berkenaan istimewa kerana ia dilakonkan oleh ahli keluarganya sendiri ketika bercuti di Jepun baru-baru ini.

“Ia dilakonkan sendiri oleh saya, isteri, anak-anak dan ibu bapa saya serta keluarga mertua.
“Muzik video ini dirakam ketika kami bercuti di Jepun baru-baru ini,” ujarnya.

Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang ditemui pada majlis sidang media Konsert Nova 2017, baru-baru ini.

Tambahnya, muzik video Lebih Dari Cinta itu merupakan tafsiran tersendiri buat kehidupannya sekeluarga.

Ia juga banyak memberi pengajaran kepada penonton tentang kehidupan dalam rumah tangga.
“Dulu lagu saya Mama Papa Larang mengisahkan tentang percintaan saya dan isteri yang menerima tentangan keluarga.

“Sekarang sudah tidak ada tentangan dan kami lebih bahagia dan saya tonjolkan dalam muzik video Lebih Dari Cinta. Dalam muzik video itu juga saya membantu isteri menjaga anak jika dia keluar bekerja,” ujarnya.

Penyanyi lagu Setengah Mati Merindu ini berkahwin dengan Duma Riris pada 31 Ogos 2013 yang kini dikurniakan dua cahya mata iaitu Cleo Deomora Sihotang, 2 dan Judeo Volante Sihotang, 1.

Dalam pada itu, ditanya tentang peracangannya untuk menambah bilangan cahaya mata, dia berkata masih belum bersedia.

“Isteri saya mahu anak lagi tapi saya belum bersedia. Saya berasa dua orang anak saya masih kecil lagi.

“Bagi tempoh mereka membesar dahulu jika mahu tambah lagi seorang,” ujarnya.

Sementara itu, Judika berkata, dia baharu melancarkan album keenamnya Khamis lalu di Indonesia.
Album berkenaan memuatkan sepuluh buah lagu termasuk lima lagu ciptaan peminat-peminatnya.
Katanya, dia menerima lebih 400 buah lagu menerusi laman sosial selepas membuat pengumuman tentang pencarian lagu baharu.

“Saya pilih lima lagu terbaik ciptaan peminat yang menghantar karya mereka di laman sosial. Saya terima kira-kira 400 buat lagu dan saya dengar semua sekali.

“Lima yang saya pilih adalah yang terbaik, namun masih ada lagi yang boleh diketengahkan untuk masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Judika juga bakal mengadakan persembahan di Konsert Nova 2017 yang akan berlangsung pada 5 Ogos depan di Stadium Malawati.

The post Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puMTJA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video

Sekianlah artikel Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/judika-babitkan-keluarga-berlakon-muzik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Judika Babitkan Keluarga Berlakon Muzik Video"

Catat Ulasan

Loading...