Judul : Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun
link : Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun
Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun
Berbaki empat hari sebelum mengakhiri zaman bujang, penyanyi Hafiz Hamidun mengakui melalui beberapa ujian khususnya berkaitan tahap kesabaran.
Bagaimanapun menurut Hafiz, 33, kritikan dan kecaman terbaharu beberapa pihak berhubung pemilihannya sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia tidak menjejaskan tumpuan menjelang hari bahagianya pada 1 Mei ini.
“Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim.
“Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri.
“Walaupun sedih, tapi insyaAllah ia tak jejaskan mood dan persiapan saya untuk dinikahkan Isnin ini,” katanya.
Dia diminta mengulas mengenai beberapa status yang dimuat naik di laman Twitter yang menyentuh mengenai kesabaran, niat serta kekuatan bagi manusia yang menerima ujian Allah.
Baru-baru ini Hafiz diiktiraf buat kali kedua apabila sebuah majalah terbitan Pusat Kajian Strategik Royal Islam di Amman, Jordan mengiktiraf penyanyi itu bagi kategori kesenian dan kebudayaan pada edisi 2017.
Berdasarkan maklumat pada majalah berkenaan, Hafiz layak diberi penghormatan itu kerana kini menjadi penyanyi nasyid paling berpengaruh di rantau Timur.
Kali pertama Hafiz tersenarai antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia adalah pada 2016.
Sementara itu ditanya mengenai cabaran yang dihadapai sepanjang tempoh bertunang dengan pasangannya yang juga pengasas kosmetik Joy Revfa, Hafiz berkata kesibukan tugas membataskan wujudnya salah faham antara mereka.
“Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati.
“Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan segera,” katanya.
Cerita Hafiz lagi, dia bersyukur apabila Joy atau Siti Arifah Mohd Amin memahami komitmennya sebagai selebriti.
“Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam.
“Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham,” katanya.
Tambah Hafiz, walaupun padat dengan jadual kerja, dia dan Joy sempat membahagikan masa bagi tujuan persiapan perkahwinan.
Hafiz dan Joy, 30, mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu dan akan dinikahkan pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
The post Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkaPix
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun
Anda sekarang membaca artikel Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kecaman-tak-jejaskan-persiapan-nikah.html
0 Response to "Kecaman Tak Jejaskan Persiapan Nikah Hafiz Hamidun"
Catat Ulasan