Judul : Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot
link : Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot
Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot
Di Zhenjian, China, seorang jurutera bertindak berkahwin dengan robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Zheng Jiajia,31, pakar dalam mereka bentuk dan mencipta robot di Hangzhou, wilayah Zhenjiang mencipta robot wanita berkenaan pada akhir tahun lepas, lapor Qianjiang Evening News.
Advertisement
Robot yang dinamakan Yingying boleh mengenal pasti huruf dalam bahasa Cina dan imej serta boleh menyebut beberapa perkataan mudah.
Zheng berkahwin dengan hasil rekaannya itu dalam satu majlis ringkas pada Jumaat, lapor South China Morning Post.
Yingying dipakaikan sut hitam dengan kepalanya ditutup selendang merah ketika upacara perkahwinan tradisional Cina dengan disaksikan oleh ibu Zheng dan rakan.
Salah seorang daripada rakan Zheng memberitahu, lelaki itu bertindak mengahwini robot kerana kecewa selepas gagal mencari teman wanita.
Menurut laporan itu lagi, Zheng merancang menaik taraf ‘isterinya’ itu supaya boleh berjalan dan membantu melakukan kerja-kerja rumah.
Zheng pernah bekerja di firma multinasional Huawei dan meninggalkan syarikat itu pada tahun 2014 sebelum menyertai Hangzhou’s Dream Town tahun lalu.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nQHquY✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot
Anda sekarang membaca artikel Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kecewa-tak-dapat-teman-wanita-jurutera.html
0 Response to "Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot"
Catat Ulasan