Loading...

Kedudukan Pahang belum terjamin

Loading...
Kedudukan Pahang belum terjamin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedudukan Pahang belum terjamin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedudukan Pahang belum terjamin
link : Kedudukan Pahang belum terjamin

Baca juga


Kedudukan Pahang belum terjamin



 Matheus ALVES LEANDRO (kanan) sempat menyungkit bola melepasi
MATHEUS ALVES LEANDRO (kanan) sempat menyungkit bola melepasi penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi Roslan untuk menjaringkan gol kedua Pahang dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

Mohamad Shofi Mat Isa

03 April 2017 12:24 AM

KUANTAN 2 April - Kejayaan Pahang menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi dengan kelebihan dua gol belum menjamin kedudukan mereka dalam separuh akhir Piala FA, kata Dollah Salleh.

Bekas jurulatih kebangsaan itu juga menganggap perlawanan malam tadi dimenangi pasukannya kerana pemain-pemain tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol meskipun mereka tidak beraksi pada tahap sebenar dan perlawanan lebih banyak dikuasai oleh pelawat.

Pahang menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri dalam suku akhir pertama dengan mencipta kemenangan 3-1 hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya (minit ke-13), Matheus Alves (minit ke-46) dan Chinedu Dike (minit ke-66), manakala gol tunggal JDT dijaringkan oleh Marcos Antonio pada minit ke-21.

“Kami tidak bermain dengan baik pada malam ini (semalam) dan JDT dilihat lebih menguasai permainan dan kemenangan ini satu bonus atas kelebihan pemain yang tidak mensia-siakan peluang atas kesilapan pasukan lawan.

“Kita masih ada 90 minit lagi masa perlawanan dengan JDT dan itu bukan satu jalan mudah. Bagaimanapun keputusan kali ini amat membanggakan meskipun persembahan jauh berbeza dengan apa yang selalu dipamerkan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Malah, jurulatih Tok Gajah itu menganggap satu gol yang berjaya dijaringkan JDT di Stadium Darul Makmur bermakna Harimau Selatan yang memiliki kelebihan untuk pertemuan kedua di Johor Bahru pada 23 April nanti, gelanggang di mana mereka belum kalah sejak musim lalu.

“Secara keseluruhannya, me­­­re­ka (pemain Pahang) mempamerkan aksi yang baik, namun masih banyak yang perlu dibaiki sebelum ke Larkin. Saya tidak menafikan sokongan padu penyokong Tok Gajah banyak membantu meningkatkan semangat pemain.

“Untuk suku akhir kedua, saya harap pemain bersedia dari aspek mental dan fizikal kerana kita bukan saja berdepan dengan skuad Harimau Selatan, tapi bakal berdepan penyokong setia di gelanggang mereka,” katanya.

Sementara itu, jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata beliau dan pembantunya akan meneliti kesilapan dilakukan pemainnya di Stadium Darul Makmur untuk diperbaiki sebelum perlawanan suku akhir kedua di Larkin.

Jurulatih dari Mexico itu menegaskan, dia akan memastikan bahawa pertemuan semula antara JDT dan Pahang akan berpihak kepada mereka.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2nSkEU8
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Kedudukan Pahang belum terjamin

Sekianlah artikel Kedudukan Pahang belum terjamin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedudukan Pahang belum terjamin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kedudukan-pahang-belum-terjamin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kedudukan Pahang belum terjamin"

Catat Ulasan

Loading...