Loading...

Kedutaan Filipina Sediakan Surau

Loading...
Kedutaan Filipina Sediakan Surau - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedutaan Filipina Sediakan Surau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedutaan Filipina Sediakan Surau
link : Kedutaan Filipina Sediakan Surau

Baca juga


Kedutaan Filipina Sediakan Surau

KUALA LUMPUR: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur hari ini mencatat sejarah sebagai negara pertama bukan majoriti Islam menyediakan surau.

Surau yang terletak di tingkat bawah bangunan kedutaan itu adalah kali pertama disediakan sejak Filipina membuka kedutaannya di negara ini pada 1959.

Duta Filipina di Malaysia, J.Eduardo Malaya berkata pembinaan surau itu adalah usaha kedutaan memenuhi keperluan petugasnya, menggalakkan kebersamaan dan persefahaman dalam kalangan penganut agama yang berbeza.

“Kami mempunyai petugas beragama Islam dari Filipina serta Malaysia, dan satu perkara yang saya lakukan sejak lima tahun lalu ialah memenuhi keperluan kakitangan Islam bersolat.

“Pada peringkat awal, kedutaan ini menyediakan sebahagian bilik persidangan sebagai tempat untuk bersolat. Saya meletakkan tanda arah kiblat dan sejadah,” katanya kepada Bernama pada majlis perasmian surau itu hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang yang menjadi tetamu kehormat.

Malaya, yang menamatkan tugas lima tahun setengahnya sebagai duta hari ini, berkata beliau ada berbincang dengan komuniti Islam Filipina di Malaysia dan mereka bersetuju mengadakan surau itu.

Katanya, surau itu juga sebagai simbolik kesediaan negara itu menerima pelancong Islam.

Semakin banyak perniagaan dan pejabat Filipina yang mempunyai tempat khusus untuk solat, katanya.

“Terdapat kira-kira lima juta warga Filipina yang beragama Islam, dengan kebanyakannya tinggal di selatan Filipina,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o1Fd2W

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//


Demikianlah Artikel Kedutaan Filipina Sediakan Surau

Sekianlah artikel Kedutaan Filipina Sediakan Surau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedutaan Filipina Sediakan Surau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kedutaan-filipina-sediakan-surau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kedutaan Filipina Sediakan Surau"

Catat Ulasan

Loading...