Loading...

Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty

Loading...
Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty
link : Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty

Baca juga


Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty

Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua produk kosmetik yang mana hasil daripada ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

Produk berkenaan adalah Lyanaz Beauty Care Angel Pink Beauty is Forever Fast Glowing - Angel Night Cream  yang diedarkan oleh Lyanaz Beauty Care Sdn. Bhd dan Moleek Skincare - Day Cream yang diedarkan oleh Sejagat Global Resources masing-masing dicemari dengan bahan merkuri.

Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit  dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta-merta. Jika mereka mengalami kesan ‘advers’ dan berasa tidak sihat selepas penggunaan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara 'online' seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan juga  memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Maklumat lanjut mengenainya, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian telefon 2384182, menghantar e-mel kepada ‘health.regulations@moh.gov.bn’ atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan di Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.
Close



Sumber : Friscomedia


Demikianlah Artikel Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty

Sekianlah artikel Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kementerian-kesihatan-brunei-haramkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty"

Catat Ulasan

Loading...