Loading...

Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya

Loading...
Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya
link : Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya

Baca juga


Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya


JAKARTA – Kehadiran seorang gadis Itali ke sebuah perkampungan di Desa Tragung, Kabupaten Batang, Wilayah Jawa Tengah demi mengahwini kekasihnya mencetuskan sensasi di Indonesia.

Ilaria Monte Bianco malah sanggup ‘terbang’ sejauh 10,000 kilometer dari bandar asalnya di Bari ke kampung tersebut hanya untuk menyatukan cintanya dengan seorang pemuda tempatan, Dzulfikar Wishnu Mahendra.

Gadis berusia 21 tahun itu mula mengenali jejaka berumur 23 tahun tersebut menerusi laman Facebook dua tahun lalu dan kemunculan Ilaria turut menggemparkan polis tempatan yang mulanya hairan apakah motif kehadirannya.

Bukan itu sahaja, kedatangan Ilaria juga menyebabkan ribuan penduduk hadir membanjiri kediaman Dzulfikar semata-mata untuk belajar apakah rahsia kehebatan pemuda kampung tersebut berjaya ‘memikat’ gadis Eropah.

“Jika tidak ada ‘aral melintang’, kami berniat akan menikah. Kami sudah mantap (bersetuju) akan kahwin sekitar satu bulan lagi. Adapun, tanggal (tarikh) pernikahan sedang kami runding bersama kedua-dua belah keluarga.

“Ia juga kerana menunggu proses administrasi (pentadbiran) selesai,” kata Dzulfikar ketika ditemui pemberita tempatan dan antarabangsa pada Khamis di rumahnya terletak kira-kira 397 kilometer dari ibu kota Jakarta.



“Saat itu ada rasa sayang tetapi bukan cinta. Saya memberanikan diri menyapa dengan kata ‘hello’ dan kemudian dibalas Ilaria dengan kata yang sama,” katanya. Berita percintaan mereka bahkan tular menerusi media sosial.

Melalui perkenalan awal jarak jauh itu, ujar Dzulfikar, setiap kali ada kesempatan waktu, dia menghubungi Ilaria melalui jejaring Facebook sehingga menerbitkan perasaan cinta. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Ilaria hanya fasih dua bahasa, iaitu Itali dan Inggeris. Sementara saya tahu berbahasa Inggeris secara otodidak (belajar sendiri),” jelasnya sambil menyatakan bahawa gadis tersebut datang ke rumahnya sejak 18 April lalu.

Dalam pada itu, Ilaria yang bertugas sebagai jurulatih renang di sebuah sekolah rendah di Milan, 574 kilometer dari ibu kota Rom itu menyatakan bahawa dia menabung selama dua tahun sebelum mampu ‘terbang’ ke Indonesia.

“Saya sudah minta izin daripada kedua-dua orang tua saya untuk bernikah dengan Dzulfikar,” katanya yang turut gemar buah betik tempatan dan makanan tradisional terkenal masyarakat Jawa berasaskan kacang soya, tempe.

Sementara itu, ibu Dzulfikar, Ismoyowati dilaporkan turut terkejut dengan kehadiran Ilaria namun menerimanya. Media tidak pula melaporkan sama ada si jejaka itu masih belajar atau bekerja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Demikianlah Artikel Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya

Sekianlah artikel Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kenal-di-fb-gadis-itali-ini-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya"

Catat Ulasan

Loading...