Judul : Keputusan pembangkang kekalkan GST bukti ia sistem percukaian adil - MB Johor
link : Keputusan pembangkang kekalkan GST bukti ia sistem percukaian adil - MB Johor
Keputusan pembangkang kekalkan GST bukti ia sistem percukaian adil - MB Johor
JOHOR BAHRU: Keputusan pakatan pembangkang untuk mengekalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST ) sekiranya berjaya mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti membuktikan GST adalah sistem percukaian yang adil, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata GST yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah sistem percukaian yang paling adil dan telah diamalkan oleh banyak negara bagi mengutip hasil secara mampan.
"GST ini sekurang-kurangnya mengurangkan kebocoran (ketirisan) walaupun pada mulanya (pelaksanaannya) ada masalah yang timbul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program i-Move kerajaan negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dua hari lepas yang menyatakan GST akan dikekalkan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih kuasa.Mohamed Khaled berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pembangkang tidak pernah konsisten dalam kenyataan mereka demi kepentingan agenda mereka, sedangkan mereka sebelum ini membantah GST.
"Saya ingat ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana pembangkang suka hendak membawa persepsi untuk rakyat terus menghukum.
"... tetapi nanti, apabila ada apa-apa kes dan pergi ke mahkamah untuk dibicarakan, baru kita tahu benda yang sebenarnya tetapi rakyat telah terpengaruh dengan persepsi yang dibawa pembangkang," katanya.
-- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pZxCA7✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Keputusan pembangkang kekalkan GST bukti ia sistem percukaian adil - MB Johor
Anda sekarang membaca artikel Keputusan pembangkang kekalkan GST bukti ia sistem percukaian adil - MB Johor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/keputusan-pembangkang-kekalkan-gst.html
0 Response to "Keputusan pembangkang kekalkan GST bukti ia sistem percukaian adil - MB Johor"
Catat Ulasan