Loading...

Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC

Loading...
Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC
link : Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC

Baca juga


Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan Kim Jong Nam boleh dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun menghadapi batasan untuk berbuat demikian, menurut Presiden ICC Silvia Fernandez de Gurmendi.

Presiden wanita yang pertama ICC itu berkata, kes tersebut tidak dapat segera dirujuk ke mahkamah kerana Malaysia tidak menandatangani perjanjian Rome Statute.

“Mahkamah adalah sebuah badan treati, jadi ia hanya boleh menjalankan fungsinya apabila jenayah dilakukan dalam wilayah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

“Dalam usaha untuk mendapatkan perlindungan mahkamah, anda perlu menandatangani perjanjian,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Luar Datuk Noor Farida Mohd Ariffin, setiausaha agung Anggota Parlimen bagi Tindakan Global (PGA) Dr David Donat-Cattin, dan setiausaha Kumpulan Kebangsaan PGA Malaysia M. Kulasegaran.

Bagaimanpun, Fernandez berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) boleh merujuk kes itu ke ICC walaupun Malaysia tidak menandatangani perjanjian tersebut.

“Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga boleh merujuk situasi ke mahkamah selaras dengan piagam PBB…dan ini telah dua kali berlaku apabila UNSC merujuk keadaan di Darfur dan Libya ke mahkamah,” kata beliau.

Fernandez juga berkata kes-kes yang dirujuk ke ICC adalah situasi keseluruhan dan bukan satu-satunya kes dan terserah kepada pendakwa raya mahkamah untuk menyiasat situasi tersebut dan mengenal pasti potensi kes.

Beliau berkata ICC hanya boleh campur tangan dalam keadaan tertentu dan menjadi pilihan terakhir sebagai mahkamah dan tidak bertujuan untuk menggantikan tribunal negara.

“Tribunal negara ialah yang perlu dahulu dalam semua situasi campurtangan tetapi apabila tiada kemungkinan untuk apa jua sebab, maka mahkamah berfungsi sebagai “backup,” kata beliau.

Terdahulu, Fernandez mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kulasegaran bersama anggota parlimen yang lain dan pegawai kerajaan untuk mengenal pasti serta mengatasi halangan yang dihadapi selama ini untuk Malaysia menganggotai ICC.

Semasa perbincangan tertutup, Fernandez menyampaikan ucaptama yang menekankan mengenai peranan penting perjanjian tersebut kepada ICC dalam melindungi hak asasi manusia.

Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menyerbunya dari belakang dan menyemburkan mukanya dengan agen saraf bertoksik VX.

Jong Nam, yang menggunakan pasport yang tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odoidP

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC

Sekianlah artikel Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kes-jong-nam-boleh-dirujuk-ke-mahkamah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Jong-Nam Boleh Dirujuk Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Melalui UNSC"

Catat Ulasan

Loading...