Judul : Ketiga-Tiga Peranti Pixel Tahun Ini Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 835
link : Ketiga-Tiga Peranti Pixel Tahun Ini Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 835
Ketiga-Tiga Peranti Pixel Tahun Ini Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 835
Bukan rahsia bahawa Google sedang membangunkan tiga peranti tahun ini. Kod nama untuk peranti yang dibangunkan ialah Walleye, Muskie, dan Taimen. Terdapat spekulasi sebelum ini yang mengatakan Taimen mungkin peranti Nexus dan bukannya Pixel. Misteri ketiga-tiga peranti ini sedikit terjawab selepas beberapa maklumat baru ditemui.
Nama ketiga-tiga peranti muncul di dalam senarai kod AOSP terbaru dan kesemuanya menggunakan pemproses MSM8998. MSM8998 ialah kod yang diberikan kepada pemproses Snapdragon 835. Penemuan terbaru ini menidakkan ura-ura bahawa Taimen adalah sebuah peranti Nexus. Kepada yang kurang arif Google telahpun mengesahkan jenama Pixel akan hanya digunakan pada peranti premium keluaran Google. Kerana Taimen ialah seekor ikan yang besar, terdapat kemungkinan ia mungkin tablet yang kali terakhir dihasilkan oleh Google pada tahun 2015 dengan Pixel C.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Ketiga-Tiga Peranti Pixel Tahun Ini Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 835
Anda sekarang membaca artikel Ketiga-Tiga Peranti Pixel Tahun Ini Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 835 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/ketiga-tiga-peranti-pixel-tahun-ini.html
0 Response to "Ketiga-Tiga Peranti Pixel Tahun Ini Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 835"
Catat Ulasan