Loading...

Kisah seram Hospital

Loading...
Kisah seram Hospital - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah seram Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah seram Hospital
link : Kisah seram Hospital

Baca juga


Kisah seram Hospital

PENONTON Malaysia sememangnya menggemari filem seram. Pelbagai filem dilambakkan di pawagam sama ada dari luar negara atau tempatan namun genre ini tetap mencuri perhatian penonton.

Justeru, tidak hairanlah, pasaran untuk filem seram sentiasa ada dan memenuhi pawagam sepanjang tahun termasuklah filem terbaru terbitan MIG Pictures, Hospital yang mengetengahkan tema psiko seram.

Filem arahan Pengarah baru Mohd Azaromi Ghozali ini tampil dengan kejutan dan debaran apatah lagi menggunakan hospital yang sering dikaitkan dengan pelbagai cerita seram.

Meski jalan ceritanya mungkin tidak banyak beza daripada yang sedia ada, namun kreativiti dan gaya persembahan berjaya menarik perhatian penonton.

Elemen suspens yang ditampilkan juga dilihat mampu membuat penonton tertunggu-tunggu apakah akan terjadi seterusnya kerana pada setiap babak ditimbulkan persoalan tentang ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘bagaimana’ kepada penonton.

Lebih menarik, filem ini adalah gabungan idea idea kisah benar dan tidak mustahil turut terkongsi dengan penonton yang mungkin mengalami kejadian yang sama.

Hospital mengisahkan Amira (Fatin Afeefa) yang baru sahaja memulakan tugasnya sebagai jururawat di sebuah hospital. Amira menyewa di rumah rakan setugasnya yang dikenali ketika sesat mencari hospital untuk sesi temu duga.

Bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira sejak bekerja di hospital tersebut. Dia sering diganggu kejadian menyeramkan selain ada lembaga yang seakan ingin memberitahu sesuatu. Semakin hari, jiwa Amira tertekan kerana bukan sahaja berlaku di hospital malah di rumah.

Menepati genre seram, Hospital membuat penonton tidak senang duduk dan sukar menjangkakan kejadian yang berlaku pada babak seterusnya.

Ternyata gabungan pelakon baru dan senior dalam filem ini berjaya memberikan persembahan lakonan yang mantap dalam memenuhi watak mereka.

The post Kisah seram Hospital appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oCAzYZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Kisah seram Hospital

Sekianlah artikel Kisah seram Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah seram Hospital dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kisah-seram-hospital.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kisah seram Hospital"

Catat Ulasan

Loading...