Loading...

Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia

Loading...
Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia
link : Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia

Baca juga


Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia


APABILA melihat sekumpulan anak muda yang berimej rambut ala Mohawks, berjaket kulit dan berseluar jean, sudah tentu ada pandangan negatif terhadap mereka.

Namun, berbeza dengan ratusan anak muda dari Indonesia ini apabila menyertai gerakan baharu, ‘Punk Muslim’, yang ingin taat beragama dan memperjuangkan isu umat Islam.

Reuters melaporkan, walaupun masih dengan identiti rambut terpacak, mereka mengaji al-Quran dan solat berjemaah, selain berdoa selepas konsert.


“Nabi Muhammad selama-lamanya,” itu antara kata-kata dilaungkan sekumpulan pemuda di sebuah konsert terbuka dihadiri sejumlah besar peminat yang menari mengikut rentak muzik kumpulan Punk Islam pertama di Indonesia.

Aktif di kota-kota besar republik itu Jakarta, Bandung dan Surabaya, kumpulan Punk Islam ini menuntut kebebasan Palestin dan isu sosial dalam lirik lagu.

Anggota kumpulan Punk Muslim itu mendakwa mereka, seperti kumpulan rock Punk asli Barat, masih bersikap memberontak dan antigolongan berkuasa.


Seorang pengasasnya, Ahmad Zaki berkata, mereka mahu mengubah tanggapan genre muzik Punk yang sering dikaitkan dengan kecenderungan ke arah kelakuan buruk.

“Kami boleh menukar diri ke arah kebaikan, buat perkara lebih positif,” katanya yang berharap kumpulan itu akan dapat menyemaikan semangat keIslaman dalam kalangan mereka.

Anggota-anggota gerakan itu, kebanyakannya seniman jalanan, dilaporkan mula menjadi lebih Islamik termasuk meninggalkan minuman alkohol.


Seorang anggota yang dahulunya penagih arak, Reza Purnama berkata ramai yang sepertinya sudah mula meninggalkan minuman keras dan lirik yang dihasilkannya lebih positif.

“Orang ramai tidak memandang rendah lagi pada kami,” katanya, yang berdepan tanggapan buruk masyarakat terhadap anak muda punk.

Pada setiap kali konsert yang terkenal dengan ‘head banging‘ itu, penonton akan menundukkan kepala berdoa dan bertafakur serta mendengar ceramah selepas konsert berakhir. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia

Sekianlah artikel Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kumpulan-punk-islam-pertama-di-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kumpulan Punk Islam Pertama Di Indonesia"

Catat Ulasan

Loading...