Loading...
Judul : LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL
link : LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL
LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL
Lambat sikit siar kena perli baru habis kesat air mata. Bagi peminat dewasa berjiwa fanatik macam abam, perkara macam ni memang biasa. Memang tak patut abam lambat siar artikel abam yang buatkan peminat ketagih. Lambat sikit pasti ada yang menggeletar dan tarik sawan dan mengamuk serta ada yang kemurungan. Nak tahu sebab abam taip sambil pekena sekole cekoroi. Dia punya bedengung sampai ke kalbu pembaca. Harap jangan percaya sebab abam belia 4B belia benci narkoba.Imbas sedikit lawan Bournemouth, ramai yang bising2 sebab kita hampir kepada 3 mata. Tapi 1 mata cukup berharga kerana kebangkitan sejurus gol lawan tunjukkan bahawa semangat juang pemain ada cuma tak mampu hingga wisel penamat saja. Lagi satu mungkin ada yang kesal Klopp keluarkan Coutinho semasa perlawanan masih jauh. Bagi abam nak Coutinho cergas sampai hujung musim atau nak dia lunyai main 90 minit pastu tak boleh main perlawanan lepas ni. Tapi abam marah gak kat Klopp sebab patut keluarkan Emre masukkan Grujic ataupun Trent.
Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Lucas Emre
Firmini Coutinho
Origi
Lawan Stoke kat Brittania bukan kerja mudah. Pekan Stoke adalah pekan ragbi sebab kat England pasukan ragbi mereka hebat. Sebab itu kita tengok falsafah ragbi terbawa dalam bolasepak. Kedatangan Mark Hughes dengan bawa masuk ramai akademi Barcelona bukan bermakna mereka main tiki taka, tetapi Shaqiri , Bohjan dan Affelay sumber kreativiti yang mereka perlu untuk dapat melegakan permainan agresif atas dan tengah. Manakala jangan dilupai Xavi Allen Pirlo satu lagi sumber gol Stoke. Mamat ni kian menyerlah kat Stoke dan rasanya akan jadi duri dalam daging sebab rahsia taktikal Klopp dia pernah hadam.
Keputusan dengan Stoke akan sedikit sebanyak pengaruhi jalan berliku ke Eropah musum depan. Saingan masih sengit sebab pasukan seteru yang bersaing sesama sendiri dah masuk 4 pasukan, jika ditolak Chelsea yang gayat kat atas dan Spurs yang nampak stabil. Pasukan kita nampak pilihan atas kertas sebab tak jumpa dah lawan 6 teratas. Tapi kita tahu bila jumpa pasukan bawahan itu lebih menyeramkan dari cerita seram Nang Nak. Apa pun kita pasti Klopp ada jalan terbaik untuk hadapi lawan kita yang bertahun2 jadi badi bila bertandang ke Brittania. Jangan panik dulu abam rasa kita boleh menang tetapi perlu fokus dengan pertahanan supaya tak bolos bola bangang lagi.
Demikianlah Artikel LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL
Sekianlah artikel LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/liga-perdana-stoke-lawan-liverpool.html
0 Response to "LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL"
Catat Ulasan