Loading...

LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy

Loading...
LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy
link : LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy

Baca juga


LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mengenakan kompaun terhadap operator Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik pada September tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata menghukum bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah itu.

"Sebaliknya, SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) berpandangan pihak operator berkenaan perlu melaksanakan semua langkah penambahbaikan bagi memastikan insiden sama tidak berulang," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau mengulas cadangan beberapa anggota Dewan Negara yang meminta supaya operator perkhidmatan awam dikompaun sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan sehingga memberi masalah kepada pengguna.

Nancy berkata SPAD juga sedia bekerjasama dengan operator untuk meningkat dan menambah baik kualiti perkhidmatan awam negara ini.

BACA: Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terjejas lagi 

Pada 9 Sept lepas, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.

Dua hari sebelum itu, ribuan pengguna LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas sejak 7 pagi.

Siasatan awal Prasarana, pengendali perkhidmatan LRT, mendapati bekalan elektrik yang terputus mengakibatkan gangguan perkhidmatan berkenaan.

Nancy turut mengulas mengenai penyediaan makanan dalam Electric Train Service (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan BRAHIM'S Holdings Bhd akan menyediakan perkhidmatan itu di atas gerabak ETS mulai Mei ini.

"Ia adalah antara usaha menambah baik pengoperasian kafe dalam ETS," katanya. -- BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q1n4Rf

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy

Sekianlah artikel LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/lrt-terjejas-operator-tidak-dikenakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy"

Catat Ulasan

Loading...