Loading...

Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari

Loading...
Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari
link : Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari

Baca juga


Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Tarikh majlis penutup Sukan SEA ke-29 diawalkan sehari kepada 30 Ogos bagi menghormati sambutan Hari Raya Haji yang jatuh pada 1 September.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) yang bermesyuarat hari ini.

Mengikut jadual asal, temasya berkenaan sepatutnya diadakan dari 19 hingga 31 Ogos dengan majlis perasmian penutup dijadual berlangsung sempena ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60.

“Kami mengambil keputusan ini bagi menghormati Hari Wukuf dan malam Raya Haji yang jatuh pada 31 Ogos. Ini akan melibatkan perubahan jadual beberapa acara yang sepatutnya diadakan pada 30 dan 31 Ogos kerana temasya berkenaan akan tamat sehari awal.

“Tetapi ia tidak mendatangkan masalah besar kepada kita kerana kita ada buffer satu hari dalam jadual asal. Perkara ini telah diumumkan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya di sini, hari ini.

Perubahan ini menjadikan Sukan SEA Malaysia berlangsung selama 12 hari seperti edisi-edisi terdahulu termasuk edisi 2013 di Myanmar dan edisi 2015 di Singapura.

Khairy berkata, kerja-kerja pertukaran jadual yang melibatkan beberapa jenis sukan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, sebelum diumumkan melalui laman web rasmi temasya berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata pengubahsuaian jadual pertandingan akan dibuat selepas berbincang dengan penyiar dan persatuan sukan yang terlibat.

“Semua acara perlu tamat sebelum tengah hari 30 Ogos bagi membolehkan atlet dan pegawai bersedia untuk majlis penutup. Acara-acara pada 31 Ogos akan diadakan sehari awal, manakala acara pada 30 Ogos akan dibawa ke hadapan mengikut kesesuaian,” katanya.

Mengikut jadual asal, acara terjun, luncur ais dan angkat berat sepatutnya diadakan pada 30 Ogos.

Manakala acara-acara yang dijadualkan pada 31 Ogos ialah badminton, kriket, berbasikal trek, polo, bola sepak, futsal, hoki padang, luncur ais, muay, sepak takraw, skuasy, taekwondo, ski air, dan angkat berat. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2po77TR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari

Sekianlah artikel Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/majlis-penutup-sukan-sea-diawal-sehari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari"

Catat Ulasan

Loading...