Loading...

Malaysia bersemangat hadapi Iran

Loading...
Malaysia bersemangat hadapi Iran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia bersemangat hadapi Iran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia bersemangat hadapi Iran
link : Malaysia bersemangat hadapi Iran

Baca juga


Malaysia bersemangat hadapi Iran

 ARKIB : 03/03/2004
 BARISAN pemain skuad Bawah 23 negara giat menjalani latihan di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya, semalam. Malaysia akan menentang Iran dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A kelayakan Sukan Olimpik, hari ini. - Gambar HALIM KHALID.
BARISAN skuad bola sepak Olimpik Malaysia dianggap kompetitif untuk perlawanan menentang Iran dalam perlawanan pembukaan kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya malam ini, biarpun mereka amat kurang menerima pendedahan.
``Ini adalah barisan pemain yang kompetitif. Kami sandarkan kepada pemain yang memiliki pengalaman bermain untuk negara sejak beberapa tahun lalu.
``Saya berharap pengalaman menentang pasukan-pasukan besar sebelum ini dapat digunakan mereka esok,'' kata jurulatih negara, Allan Harris.
Jurulatih dari England itu semalam menamakan barisan 18 pemainnya untuk perlawanan menentang Iran hari ini tetapi sebahagian besar pemain regular tiada dalam senarai.
Antaranya tonggak pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah yang terpaksa berehat panjang akibat cedera semasa bermain dalam Sukan SEA di Vietnam lalu, selain tiga lagi pemain harapan di barisan pertahanan, Marzuki Yusuf, Yosri Derma Raju dan pemain tengah, Juzaili Samion yang turut cedera.
Melihat kepada senarai Harris itu, ternyata Malaysia bakal menghadapi masalah di barisan pertahanan.
Jurulatih itu kini bergantung kepada Abdul Aziz Ismail untuk mengemudi benteng bersama Ronny Harun, selain bantuan dua lagi pemain, Irwan Fadzli Idrus di sebelah kiri dan Rezuan Radzy mengekang sebelah kanan.
``Norhafiz menghadapi kecederaan yang memakan masa untuk sembuh, tetapi saya yakin dia akan dapat kembali bersama pasukan untuk perlawanan kedua nanti,'' katanya.
Selain kehilangan beberapa pemain utama, pasukan Harris juga amat kurang menerima pendedahan menjelang perlawanan itu.
Setakat ini hanya dua perlawanan persahabatan diadakan sejak pasukan dihimpunkan untuk latihan pada awal tahun ini iaitu menentang Maldives dan kelab dari Singapura, Tanjong Pagar FC.
``Jadi anda boleh buat penilaian sendiri tentang pasukan ini,'' kata Harris.
Begitupun, Harris amat meletakkan sandaran kepada penyerang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk memburu gol.
``Dia adalah penyerang terbaik ketika ini. Saya tidak nampak ada penyerang lain sebaiknya. Dia mampu menyumbangkan gol,'' katanya.
Harris bagaimanapun enggan menamakan gandingan Akmal di barisan serangan tetapi mengikut prestasi semasa latihan, jurulatih itu kemungkinan meletakkan R. Surendran. Selain Akmal dan Surendran, Harris memiliki dua lagi penyerang iaitu pemain MPPJ, Haris Safwan Kamal dan Safee Sali dari Perak.
Ditanya mengenai peranan Indra Putra Mahayuddin, Harris berkata pemain Perak itu boleh bermain di pelbagai posisi.
``Dia adalah pemain serba boleh dan saya mempunyai rancangan sendiri untuk memberikan peranan kepadanya,'' ujarnya.
Siaran langsung menerusi Astro Star Sports:
Korea Selatan lwn China ( 6 ptg)
MALAYSIA lwn Iran (8.45 mlm)

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2oc7DED
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Malaysia bersemangat hadapi Iran

Sekianlah artikel Malaysia bersemangat hadapi Iran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia bersemangat hadapi Iran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/malaysia-bersemangat-hadapi-iran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia bersemangat hadapi Iran"

Catat Ulasan

Loading...